Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kdnka Lestari Amalan Gaya Hidup Sihat

Diterbitkan: 02 Mar 2018 4.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sebagai kesinambungan Program Trim & Fit yang telah dilancarkan sejak tahun 2016 lagi, aktiviti senamrobik dipilih sebagai senaman santai program dengan disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan Hijau Dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM, Pengarah KDNKA, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah bersama kira-kira 200 orang warga kerja KDNKA.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kdnka-lestari-amalan-gaya-hidup-sihat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:39 MYT
Subang, 2 Mac 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited menterjemahkan amalan gaya hidup sihat yang telah diangkat sebagai salah satu fokus utama pasukan menerusi sebuah Program Gaya Hidup Sihat yang dianjurkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) bertempat di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Subang petang tadi.

Sebagai kesinambungan Program Trim & Fit yang telah dilancarkan sejak tahun 2016 lagi, aktiviti senamrobik dipilih sebagai senaman santai program dengan disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan Hijau Dan Aplikasi Teknologi Hijau PDRM, Pengarah KDNKA, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah bersama kira-kira 200 orang warga kerja KDNKA.

Sejurus itu, beliau bersama-sama para tetamu kehormat mengadakan aktiviti menanam pokok di sekitar pangkalan dalam memanifestasikan usaha amalan hijau PDRM atau Go Green PDRM yang mana telah dilancarkan oleh Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar pada 27 Disember 2012.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan AM), Dato' Mastor Mohd Arif, Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am), Dato' Abdul Aziz Yusof, SAC Kepolisan AM KDNKA, SAC Mohd Yusoff Mamat dan pegawai-pegawai kanan PDRM.

Kdnka Lestari Amalan Gaya Hidup Sihat
Aktiviti senamrobik yang disertai oleh lebih kurang 200 warga kerja KDNKA bersama Pengarah KDNKA, Dato' Sri Zulkifli Abdullah.

Kdnka Lestari Amalan Gaya Hidup Sihat
Pengarah KDNKA, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah turut hadir ke Program Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Subang.

Sekitar aktiviti penanaman pokok oleh Pengarah KDNKA, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Subang.
Sekitar aktiviti penanaman pokok oleh Pengarah KDNKA, Dato’ Sri Zulkifli Abdullah di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Subang.

Kdnka Lestari Amalan Gaya Hidup Sihat
Sekitar Program Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Subang.

Kdnka Lestari Amalan Gaya Hidup Sihat
Sekitar Program Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Subang.






ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2018 4.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM