Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kawalan Di Kawasan Sempadan Malaysia Thailand Di Kelantan Terus Diperketatkan

Published: 20 Jan 2016 2.20 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Jeli, 20 Jan - Polis Kelantan mengetatkan kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mencegah pelbagai kegiatan jenayah termasuk kemasukan warga asing yang terlibat dengan Kumpulan Pengganas Daesh.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kawalan-di-kawasan-sempadan-malaysia-thailand-di-kelantan-terus-diperketatkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT


Jeli, 20 Jan - Polis Kelantan mengetatkan kawalan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mencegah pelbagai kegiatan jenayah termasuk kemasukan warga asing yang terlibat dengan Kumpulan Pengganas Daesh.

Ketua Polis Kelantan, Dato' Mazlan Lazim berkata polis mengembleng tenaga dengan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia untuk melaksanakan operasi secara berterusan.

"Kita akan terus perketatkan kawalan di sempadan melalui operasi yang diadakan, bukan sahaja dadah, senjata api, pemerdagangan manusia, malah IS (Daesh) supaya mereka tidak menyeludup ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bukit Bunga, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, pihaknya akan menutup semua ruang dan peluang di sepanjang kawasan sempadan berkenaan daripada digunakan oleh penjenayah termasuk kumpulan pengganas itu menjalankan aktiviti mereka.

Beliau berkata anggota pasukan keselamatan yang bertugas di kawasan sempadan akan ditambah berdasarkan kepada keperluan semasa, dan situasi di kawasan itu sekarang ini adalah tenang dan terkawal.

"Setakat ini tidak ada kawasan di negeri ini yang dianggap 'panas' berkaitan pengganas berkenaan namun pihaknya membuat pemantauan di semua tempat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama yang erat dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa dari negara jiran Thailand.

Mazlan berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat dengan pihak berkuasa dari negara jiran itu pada 26 dan 27 Januari ini berkaitan kerjasama di kawasan sempadan.

- BERNAMA

ArticlePublished 20 Jan 2016 2.20 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM