Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran

Published: 11 Jun 2014 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sebagai persiapan menghadapi kejohanan kebangsaan dan antarabangsa tahun hadapan, satu seminar kejurulatihan Karate PDRM telah dilaksanakan pada 24 November 2011 bertempat di PULAPOL Kuala Lumpur...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/karate-pdrm-kejohanan-antarabangsa-menjadi-sasaran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:27 MYT
24 November 2011 - Sebagai persiapan menghadapi kejohanan kebangsaan dan antarabangsa tahun hadapan, satu seminar kejurulatihan Karate PDRM telah dilaksanakan pada 24 November 2011 bertempat di PULAPOL Kuala Lumpur. Seminar yang disertai seramai 45 jurulatih bertaraf tali pinggang hitam dari semua kontinjen ini telah dikendalikan sendiri oleh Mahaguru Shotokan Antarabangsa (SKIF) Jepun iaitu Mr Hirokazu Kanazawa bertaraf 10th Dan.

Penutupan Seminar Kejurulatihan Karate PDRM ini telah dirasmikan oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur pada petang ini bertempat di Dewan Badminton PULAPOL Kuala Lumpur. Pasukan Karate PDRM akan menggalas tanggungjawab untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Karate Shotokan Antarabangsa Sedunia (SKIF) di Sydney Australia pada bulan November 2012 yang akan datang.

Turut hadir di seminar ini ialah YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, Mr Hirokazu Kanazawa 10th Dan, Mahaguru Shotokan Antarabangsa (SKIF) dan pembantu beliau Sensei Manabu Murakami 7th Dan.


Demonstrasi oleh Karate PDRM
Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran
Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran

Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran
YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur menyampaikan sijil Seminar Shotokan Karate kepada peserta.

Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran
Ucapan dan perasmian penutupan seminar oleh YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur.

Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran
YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur menyampaikan cenderamata kepada Mr Hirokazu Kanazawa 10th Dan, Mahaguru Shotokan Antarabangsa (SKIF). 

Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran
YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur menerima cenderamata daripada ASP Abdul Hamid Ali. 

Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran
Gambar kenangan Karate PDRM bersama YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur dan Mr Hirokazu Kanazawa 10th Dan, Mahaguru Shotokan Antarabangsa (SKIF).

Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran
dari kiri, Mr Hirokazu Kanazawa 10th Dan, Mahaguru Shotokan Antarabangsa (SKIF), YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, Sensei Manabu Murakami 7th Dan.

Karate Pdrm Kejohanan Antarabangsa Menjadi Sasaran
Mr Hirokazu Kanazawa 10th Dan, Mahaguru Shotokan Antarabangsa (SKIF) menandatangani pakaian karate para peserta.




Jurufoto   : L/Kpl Fansus & Konst Raymond
Wartawan  : Konst Raymond
ArticlePublished 11 Jun 2014 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM