Kanak Kanak 12 Tahun Yang Dilapor Hilang Di Bukit Mertajam D
Bukit
Mertajam, 28 Feb - Kanak-kanak lelaki Mohamad Daniel Haiqal Mohd Desa,
12, yang dilapor hilang dari rumah bapa saudaranya di Flat Desa Wawasan,
Bukit Mertajam, di sini sejak 24 Feb ditemui di sebuah kafe siber di
Seberang Jaya, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd Lah berkata murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, di sini itu ditemui pada pukul 10 pagi ini dalam keadaan sihat.
Beliau
berkata pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam yang memaklumkan
melihat kanak-kanak itu di sebuah kafe siber di Seberang Jaya. "Selepas
mendapat panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu,
anggota polis pergi ke kafe siber berkenaan dan mendapati kanak-kanak
itu berada di situ dan membawa dia balik ke Ibu Pejabat Polis SPT,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau
berkata menurut Mohamad Haiqal, sebaik melarikan diri dari rumah bapa
saudaranya itu dia ke rumah ibu kandungnya di Taman Semilang dan
mendapati kediaman itu berkunci serta tiada orang.
"Selepas
mendapati rumah ibunya berkunci, kanak-kanak itu tidak tahu mahu ke
mana sebelum mengambil keputusan menumpang di Masjid Seberang Jaya,
dekat sini," katanya. Azman berkata jemaah yang simpati dengan Mohamad
Haiqal memberikan makanan kepadanya sepanjang dia berada di masjid itu.
Beliau
berkata kanak-kanak itu dibawa pulang oleh bapa saudaranya Mohd Farizan
Tajudin pada pukul 11 pagi ini. Rabu lepas, akhbar melaporkan bapa
saudara Mohamad Daniel membuat laporan polis berhubung kehilangannya
apabila kanak-kanak itu tidak pulang dan gagal dikesan sejak pukul 9.30
pagi Ahad. - BERNAMA