Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kadet Polis Sebagai Duta Kecil Pdrm

Published: 13 Nov 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Anggota kadet polis di sekolah boleh dianggap sebagai duta kecil Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekolah-sekolah dalam membentuk disiplin, sekali gus jadi contoh kepada pelajar lain.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kadet-polis-sebagai-duta-kecil-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:26 MYT

Anggota kadet polis di sekolah boleh dianggap sebagai duta kecil Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekolah-sekolah dalam membentuk disiplin, sekali gus jadi contoh kepada pelajar lain.

Pengerusi Community Policing Komuniti Sungai Besar, Datuk Ramli Norani berkata, kadet polis di peringkat sekolah mampu membentuk disiplin dalam diri pelajar jika penglibatan mereka dibuat secara fokus dan serius. 

"Objektif penganjuran program telah digariskan dengan jelas dan dilengkapkan dengan pengisian program berguna bagi golongan pelajar. 

"Penyertaan pelajar dalam unit beruniform ini bantu meningkatkan disiplin dan diharap mereka jadi model kepada pelajar lain untuk amal-kan budaya patuhi undang-undang," katanya. 

Di samping mempdajari beberapa perkara dalam bidang kepolisan, Datuk Ramli berkata, program kadet polis diharap mampu menyemai minat generasi muda kepada kerjaya kepolisan sdepas tamat persekolahan kelak.

"Kadet polis juga merupakan strategi untuk membentuk generasi pelapis yang akan mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

"Penglibatan pelajar dalam akademik perlu diseimbangkan dengan penglibatan aktif dalam kokurikulum bagi memastikan pelajar yang dibentuk mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek," katanya.

Sumber - Sinar Harian
Kadet Polis Sebagai Duta Kecil Pdrm

ArticlePublished 13 Nov 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM