Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kadar Jenayah Di Perlis Masih Terkawal

Published: 17 Jun 2014 6.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau berkata kadar jenayah dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini meningkat sebanyak 27 kes atau kira-kira enam peratus berbanding tempoh sama tahun lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kadar-jenayah-di-perlis-masih-terkawal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:39 MYT

Kangar, 26 Jun - Purata kadar jenayah yang dilapor di negeri ini sejak Januari tahun ini ialah 2.5 kes sehari, kata Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron.

Beliau berkata kadar jenayah dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini meningkat sebanyak 27 kes atau kira-kira enam peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Tanpa menyatakan jumlah kes jenayah yang dilapor sejak Januari lepas, Zull Aznam berkata walaupun berlaku peningkatan, kadar jenayah di Pelis masih terkawal.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bersama Ketua Polis Perlis di Mess Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 27 koperal polis dinaikkan pangkat kepada sarjan dan pemakaian pangkat dilakukan oleh Zull Aznam, manakala lapan pegawai termasuk Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa yang bertugas semasa Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah menerima penghargaan.

Turut menerima penghargaan ialah 19 anggota yang berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah di Perlis.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 6.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM