60 Warga Asing Ditahan Dalam Serbuan Pihak Berkuasa
Kepong
– Sejumlah 60 warga asing ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan
oleh pihak berkuasa di kondominium Taman Wangsa Permai, Kepong,
baru-baru ini.
Dalam
operasi yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, yang turut
dibantu oleh Jabatan Imigresen, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Agama
Islam itu, beberapa warga asing yang dipercayai tidak mempunyai dokumen
diri yang sah bertindak menyembunyikan diri di bahagian
siling, bilik air dan almari pakaian sementara ada di kalangan mereka
yang enggan membuka pintu untuk pemeriksaan pihak berkuasa.
Daripada
60 warga asing yang ditahan, 52 daripada mereka adalah lelaki. Sejumlah
28 orang tahanan juga gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang salah. 5
tahanan juga didapati positif dadah dalam ujiian air kencing yang
dijalankan.
Turut dirampas 30 buah komputer riba dan 68 buah telefon bimbit dalam serbuan tersebut.
Menurut
Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersil SAC Datuk Rodwan
Mohd Yusuf berkata, operasi tersebut telah dibahagikan kepada 20
kumpulan kecil dan serbuan terhadap unit-unit yang dikenalpasti
dijalankan secara serentak dengan melibatkan hampir 200 pegawai dan
anggota dari jabatan-jabatan yang bekerjasama.
Beliau
turut menambah pihak polis mengambil tindakan segera selepas menerima
laporan daripada pihak pengurusan kondominium dan penduduk tempatan yang
bimbang dengan keselamatan mereka setelah mendapati kelakuan warga
asing yang menetap di situ adalah tidak terkawal dan membahayakan.
Antara warga asing yang ditahan berasal dari Nigeria, Amerika Selatan, Filipina, Thailand dan Uganda.
Sumber: Akhbar The Star
