Kadar Jenayah Di Perlis Masih Terkawal
Kangar,
26 Jun - Purata kadar jenayah yang dilapor di negeri ini sejak Januari
tahun ini ialah 2.5 kes sehari, kata Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam
Haron.
Beliau
berkata kadar jenayah dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini
meningkat sebanyak 27 kes atau kira-kira enam peratus berbanding tempoh
sama tahun lepas.
Tanpa menyatakan jumlah kes jenayah yang dilapor sejak Januari lepas, Zull Aznam berkata walaupun berlaku peningkatan, kadar jenayah di Pelis masih terkawal.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan bersama
Ketua Polis Perlis di Mess Pegawai Kanan Polis di sini hari ini.
Pada
majlis itu, seramai 27 koperal polis dinaikkan pangkat kepada sarjan
dan pemakaian pangkat dilakukan oleh Zull Aznam, manakala lapan pegawai
termasuk Timbalan Ketua Polis Perlis ACP Md Zukir Md Isa yang bertugas
semasa Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah menerima penghargaan.
Turut menerima penghargaan ialah 19 anggota yang berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah di Perlis.
Sumber : BERNAMA