Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

48 113 Waran Tangkap Pesalah Trafik Di Pulau Pinang

Diterbitkan: 21 May 2015 12.43 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Mertajam, 21 Mei - Sebanyak 48,113 waran tangkap dikeluarkan kepada pesalah trafik di Pulau Pinang sejak tahun 2000 hingga 2014, kata Ketua Polis Negeri Dato’ Abdul Rahim Hanafi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/48-113-waran-tangkap-pesalah-trafik-di-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:19 MYT


Bukit Mertajam, 21 Mei - Sebanyak 48,113 waran tangkap dikeluarkan kepada pesalah trafik di Pulau Pinang sejak tahun 2000 hingga 2014, kata Ketua Polis Negeri Dato’ Abdul Rahim Hanafi.

Beliau berkata pihaknya menjalankan beberapa operasi antaranya sekatan jalan raya dan pemeriksaan di premis pekerjaan menerusi Op Warta bagi mengesan pesalah trafik di Pulau Pinang.

"Sejak Op Warta dilancarkan pada Selasa dan sehingga semalam seramai 93 individu termasuk tiga wanita pesalah trafik yang dikenakan waran tangkap di negeri ini telah ditahan.

"Tiga daripada mereka ditahan di premis pekerjaan mereka manakala selebihnya ditangkap semasa sekatan jalan raya yang dibuat oleh pasukan polis trafik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya sebahagian besar yang ditahan itu telah didakwa di mahkamah manakala selebihnya diberi jaminan polis untuk tindakan selanjutnya.

Abdul Rahim berkata 93 individu yang ditahan itu berumur 25 hingga 50 tahun.

"Saya menyeru pesalah trafik di Pulau Pinang yang dikenakan waran tangkap agar segera menjelaskan bayaran supaya mereka tidak ditangkap polis," katanya.

Katanya beliau akan menambah keanggotaan pegawai dan anggota polis trafik bagi mempergiatkan usaha mengesan pesalah trafik menerusi Op Warta di Pulau Pinang.

Beliau berkata ketika ini, sejumlah 200 anggota dan pegawai polis trafik di negeri ini ditugaskan selama 24 jam sempena operasi itu.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 21 May 2015 12.43 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM