Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Judi Piala Dunia Polis Sabah Tahan Dua Lelaki

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Omar Mammah berkata pada serbuan pertama Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap di sebuah premis membaiki telefon bersama-sama wang pertaruhan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/judi-piala-dunia-polis-sabah-tahan-dua-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:48 MYT
Kota Kinabalu, 16 Jun - Polis Sabah menahan dua lelaki yang menjalankan aktiviti perjudian membabitkan perlawanan bola sepak Piala Dunia dalam serbuan berasingan di Penampang pada Sabtu dan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Omar Mammah berkata pada serbuan pertama Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap di sebuah premis membaiki telefon bersama-sama wang pertaruhan berjumlah RM10,000. "Turut dirampas set komputer, telefon bimbit dan wang tunai (RM10,000)," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Omar berkata seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan di sebuah kedai runcit bersama-sama buku catatan keputusan dan pertaruhan Piala Dunia pada petang
semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata polis serius menangani aktiviti itu dengan menubuhkan pasukan khas menangani aktiviti perjudian sepanjang musim Piala Dunia.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM