Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Nelayan Asing Ditahan Ambil Hasil Laut Negara

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Kami telah merampas kedua-dua buah bot tersebut bersama 2400 kilogram hasil lautan dan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM600,000,' ujarnya lagi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/nelayan-asing-ditahan-ambil-hasil-laut-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:30 MYT
Pengkalan Kubor, 16 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor telah menahan dua buah bot nelayan asing dalam Operasi Pensura di 16 batu nautika dari rumah api Kuala Besar dekat sini pagi semalam.

Komander PPM Wilayah 3, ACP Azmi Ibrahim berkata, pasukannya telah menahan dua buah bot nelayan sedang menunda di antaranya dan pemeriksaan mendapati tekong dan awak-awak gagal menunjukkan permit yang sah.

"Kami telah menahan 11 orang lelaki warga Vietnam tersebut kerana telah memasuki perairan negara dan memperoleh hasil lautan secara haram".

"Kami telah merampas kedua-dua buah bot tersebut bersama 2400 kilogram hasil lautan dan keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM600,000," ujarnya lagi.

Kesemua tahanan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kelantan untuk siasatan lanjut.

Nelayan Asing Ditahan Ambil Hasil Laut Negara

Sumber: PPM
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM