Article
Judi Piala Dunia Polis Sabah Tahan Dua Lelaki
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Omar Mammah berkata pada serbuan pertama Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap di sebuah premis memb...
Kota Kinabalu, 16 Jun - Polis Sabah menahan dua lelaki yang menjalankan
aktiviti perjudian membabitkan perlawanan bola sepak Piala Dunia dalam
serbuan berasingan di Penampang pada Sabtu dan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Omar Mammah berkata pada serbuan pertama Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 26 tahun ditangkap di sebuah premis membaiki telefon bersama-sama wang pertaruhan berjumlah RM10,000. "Turut dirampas set komputer, telefon bimbit dan wang tunai (RM10,000)," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Sumber: BERNAMA

Omar berkata seorang lelaki
berusia 24 tahun ditahan di sebuah kedai runcit bersama-sama buku
catatan keputusan dan pertaruhan Piala Dunia pada petang
semalam.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata polis serius menangani aktiviti itu dengan menubuhkan pasukan khas menangani aktiviti perjudian sepanjang musim Piala Dunia.Sumber: BERNAMA