Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jubli Perak Skuad Pi T 1 84

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada 4 November 1984 seramai 162 anak-anak muda dari seluruh negara, telah melaporkan diri di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol KL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur untuk menjalani latihan sebagai..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jubli-perak-skuad-pi-t-1-84
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:43 MYT

Cheras. 20 November 2009 - "Saya amat terharu apabila melihat keakraban di antara sesama skuad. Jelas terbayang Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai para pegawai yang berwibawa dan menjadi aset pada masa depan".

"Semoga pertemuan sedemikian menjadi acara tahunan. Saya yakin melalui pertemuan ini akan dapat mencambahkan lagi idea-dea yang bernas untuk terus menabur bakti demi negara tercinta. Tanggungjawab yang pikul sejak tahun 1984 sehingga kini amatlah mencabar, apatah lagi ada di antara tuan-tuan memegang jawatan utama dalam pasukan".

Demikian kata Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara ketika berucap di Majlis Jubli Perak Skuad PI (T) 1/84 yang diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur (MPDRM KL), Cheras, Selangor.

Pada 4 November 1984 seramai 162 anak-anak muda dari seluruh negara, telah melaporkan diri di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol KL), Jalan Semarak, Kuala Lumpur untuk menjalani latihan sebagai Inspektor Percubaan. Setelah 25 tahun berkhidmat, semangat setiakawan dan keakraban di kalangan mereka masih utuh, walau pun ada di antaranya yang telah meninggalkan pasukan untuk bekerja sendiri atau bersama sektor korporat.

"Kami akan buktikan bahawa pemilihan kami menyertai pasukan polis ini, bukanlah tersalah pilih. Kami akan sentiasa mendokong setiap inspirasi, visi dan misi pasukan yang dicanangkan oleh pucuk pimpinan", ujar SAC II Abd. Rashid b. Harun, Pengerusi Majlis Jubli Perak Skuad PI (T) 1/84, ketika ditemui di majlis itu.

Jubli Perak Skuad Pi T 1 84Menjadi kenangan .... pertemuan semula mencuit kenangan silam

Jubli Perak Skuad Pi T 1 84
Ketibaan Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Ismail Hj. Omar Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh para pegawai

Jubli Perak Skuad Pi T 1 84
Lakar sejarah ..... memotong kek sempena Majlis Jubli Perak PI (T) 1/84

Jubli Perak Skuad Pi T 1 84
Gambar kenangan .... rakan seperjuangan yang keakrab dan intim

Jubli Perak Skuad Pi T 1 84
Menjamu selera ... pelbagai juadah disediakan untuk para hadirin

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM