Artikel
Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm
Menjadikan Datuk Malek Noor sebagai idola dan bercita-cita agar satu hari nanti beliau juga mampu meraih kegemilangan seperti idolanya, Sazali Samad tidak meno...
Kuala Lumpur, 14 Januari 2011 - Sebagai menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan, PDRM dengan rasa bangga mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat SM Sazali Samad kepada Sub Inspektor yang telah disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dengan disaksikan semua YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, pegawai-pegawai kanan, anggota PDRM serta jemputan-jemputan khas di Padang Kawad Maktab PDRM Kuala Lumpur.

YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar memberi tabik hormat kepada Panji Utama PDRM...

Bacaan Ikrar diketuai oleh YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA)

Kemas dan segak...Kawalan Kehormatan dari Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur...

Perhimpunan bulanan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Polis, anggota dan kakitangan awam...

Pemakaian pangkat Sub Inspektor kepada Sazali bin Samad oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

Turut gambar bersama...YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan SI Sazali bin Samad untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan.

SI Sazali bin Samad sempat bergambar bersama anggota yang hadir perhimpunan bulanan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Menjadikan Datuk Malek Noor sebagai idola dan bercita-cita agar satu hari nanti beliau juga mampu meraih kegemilangan seperti idolanya, Sazali Samad tidak menoleh belakang dan terus mencipta kejayaan demi kejayaan apabila mula bergiat aktif dalam sukan bina badan sejak 21 tahun yang lalu.
Usaha yang gigih, fokus dan restu keluarga menjadi kunci serta semangat untuk beliau terus mengharumkan nama PDRM dan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Beliau telah menjadi johan Mr. Malaysia sebanyak 4 kali, dinobatkan sebagai Mr. Asia sebanyak 3 kali, merangkul pingat emas sebanyak 4 kali di kejohanan World Police And Fire Games serta 6 rekod antarabangsa sebagai Mr. Universe.
Sekali lagi, Sazali Samad melakar sejarah apabila berjaya merangkul pingat emas di Kejohanan Sukan Pantai Muscat 2010 di Oman. Beliau juga turut menerima dan pengiktirafan sebagai Atlet Bina Badan Terbaik Asia Abad Ke-20 oleh ABBF pada tahun 2000 dan menerima Pingat Kesatria Mangku Negara pada 2007.