Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm

Published: 10 Jun 2014 7.19 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Menjadikan Datuk Malek Noor sebagai idola dan bercita-cita agar satu hari nanti beliau juga mampu meraih kegemilangan seperti idolanya, Sazali Samad tidak menoleh belakang dan terus mencipta kejayaan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/juara-mr-univese-enam-kali-menjadi-kebanggaan-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:53 MYT
Kuala Lumpur, 14 Januari 2011 - Sebagai menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan, PDRM dengan rasa bangga mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat SM Sazali Samad kepada Sub Inspektor yang telah disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dengan disaksikan semua YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri,  pegawai-pegawai kanan, anggota PDRM serta jemputan-jemputan khas di Padang Kawad Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Menjadikan Datuk Malek Noor sebagai idola dan bercita-cita agar satu hari nanti beliau juga mampu meraih kegemilangan seperti idolanya, Sazali Samad tidak menoleh belakang dan terus mencipta kejayaan demi kejayaan apabila mula bergiat aktif dalam sukan bina badan sejak 21 tahun yang lalu.

Usaha yang gigih, fokus dan restu keluarga menjadi kunci serta semangat untuk beliau terus mengharumkan nama PDRM dan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Beliau telah menjadi johan Mr. Malaysia sebanyak 4 kali, dinobatkan sebagai Mr. Asia sebanyak 3 kali, merangkul pingat emas sebanyak 4 kali di kejohanan World Police And Fire Games serta 6 rekod antarabangsa sebagai Mr. Universe.
 
Sekali lagi, Sazali Samad melakar sejarah apabila berjaya merangkul pingat emas di Kejohanan Sukan Pantai Muscat 2010 di Oman. Beliau juga turut menerima dan pengiktirafan sebagai Atlet Bina Badan Terbaik Asia Abad Ke-20 oleh ABBF pada tahun 2000 dan menerima Pingat Kesatria Mangku Negara pada 2007.
 
Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm
YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar memberi tabik hormat kepada Panji Utama PDRM...

Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm
Bacaan Ikrar diketuai oleh YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (HEA)

Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm
Kemas dan segak...Kawalan Kehormatan dari Pasukan Simpanan Persekutuan Kuala Lumpur...

Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm
Perhimpunan bulanan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan Polis, anggota dan kakitangan awam...

Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm
Pemakaian pangkat Sub Inspektor kepada Sazali bin Samad oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm
Turut gambar bersama...YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dan SI Sazali bin Samad untuk diabadikan sebagai kenang-kenangan.

Juara Mr Univese Enam Kali Menjadi Kebanggaan Pdrm
SI Sazali bin Samad sempat bergambar bersama anggota yang hadir perhimpunan bulanan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras

Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArticlePublished 10 Jun 2014 7.19 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM