Jsjn Rampas Dadah Bernilai Rm402 73 Juta Sepanjang Tahun Lep
Kuala
Lumpur, 6 Jan - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman
berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM402.73 juta sepanjang
tahun lepas.
Pengarahnya
Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata rampasan itu ialah 11.32 tan pelbagai
jenis dadah narkotik, 42,718 liter dadah cecair dan 1.12 juta biji
pelbagai jenis dadah sintatik dan enam batang pokok ganja.
Nilai
rampasan dadah pada tahun lepas menunjukkan peningkatan sebanyak 6
peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM381.09 juta, katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Beliau
berkata sepanjang tahun lepas juga sebanyak 175,198 orang ditangkap
atas pelbagai kesalahan berkaitan kes dadah berbanding 171,649 tangkapan
pada 2012.
Polis
juga membongkar sebanyak 34 makmal memproses dadah dan menangkap 135
orang berkaitan kes pemerosesan dadah tahun lepas, katanya.
"Jumlah
ini meningkat berbanding tahun 2012, iaitu sebanyak 32 makmal haram
dibongkar dengan tangkapan seramai 114 orang," katanya.
Noor
Rashid berkata polis juga melakukan 14,228 serbuan dan menahan sebanyak
14,896 orang atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah sepanjang Ops
Cantas Khas JSJN tahun lepas.
"Hasil
daripada operasi berkenaan, JSJN merampas sebanyak 835 kilogram dadah,
11,845 liter dadah jenis cecair dan 137,724 biji pelbagai jenis dadah
yang dianggarkan bernilai RM30.82 juta," katanya.
Terdahulu,
Noor Rashid menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah
(Perlucuthakan Harta/Tahanan/Perundangan) SAC Jamaluddin Kudin kepada
DCP Datuk Rodwan Mohd Yusof.
Jamaludin
pula menerima tugas sebagai Timbalan Pengarah
(Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) daripada Datuk Razali Ab Razak
yang dilantik sebagai Timbalan Komander bagi Special Tactical
Intelligence Narcotic Group (STING), unit baharu di JSJN.
Sumber : BERNAMA