Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jsjn Dadah Bernilai Rm100 Ribu Dirampas Sembilan Individu Ditahan

Diterbitkan: 19 Jun 2017 7.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 19 Jun 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan elemen 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group' (STING) Bukit Aman berjaya merampas dadah jenis Syabu bernilai RM100,000 dan menahan sembilan individu dalam empat serbuan yang dijalankan di sekitar Wangsa Maju pada 16 Jun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsjn-dadah-bernilai-rm100-ribu-dirampas-sembilan-individu-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:12 MYT
Kuala Lumpur, 19 Jun 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan elemen 'Special Tactical Intelligence Narcotics Group' (STING) Bukit Aman berjaya merampas dadah jenis Syabu bernilai RM100,000 dan menahan sembilan individu dalam empat serbuan yang dijalankan di sekitar Wangsa Maju pada 16 Jun lalu.

Dalam sidang media kejayaan JSJN yang diadakan di Bukit Aman pagi tadi, Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek terdiri daripada lapan warganegara Nigeria dan seorang lagi warganegara Uganda.

"Keseluruhan dadah tersebut disorokkan di dalam kotak biskut yang dipercayai dibawa masuk dari negara China dan dijangka boleh menampung 5,000 penagih dadah.

"Kesemua suspek kini direman sehingga 23 Jun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. 

Beliau turut memaklumkan statistik kejayaan JSJN bermula 1 Januari hingga 15 Jun 2017 dengan jumlah tangkapan 86,015 individu serta nilai keseluruhan rampasan pelbagai jenis dadah sejumlah RM107.68 juta.

IMG_9503
Dadah jenis Syabu yang dirampas.

_MG_9615
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan cara dadah disembunyikan.

_MG_9561
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan kad pelajar yang digunakan suspek.
 
 

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2017 7.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM