Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Oku Miliki Dadah

Diterbitkan: 18 Jun 2017 2.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Miri, 18 Jun 2017 – Polis menahan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) rakyat tempatan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan di Lorong 9 Krokop di sini, pada 9.45 malam semalam​​​​​.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-oku-miliki-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:53 MYT

Miri, 18 Jun 2017 – Polis menahan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) rakyat tempatan kerana memiliki dadah jenis syabu dalam serbuan di Lorong 9 Krokop di sini, pada 9.45 malam semalam​​​​​.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata ketika ditahan, suspek yang berusia 49 tahun sedang berada di dalam kereta jenis Perodua Myvi dan turut ditemui ialah dua plastik hitam mengandungi ketulan kristal dadah syabu.

“Berat kasar dadah yang dirampas ialah 30 gram dengan nilai pasaran RM4,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek yang mempunyai dua rekod kesalahan ​lampau berkaitan dadah turut positif dadah methamphetamine dan amphetamine setelah ujian air kencing dijalankan.

“Suspek disiasat mengikut seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

-- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2017 2.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM