11 Dis , Putrajaya- Persepsi sesetengah pihak yang mengatakan negeri Johor tidak selamat adalah tidak benar berdasarkan kepada penurunan indeks kadar jenayah di negeri ini.
Bagi merealisasikan kenyataan tersebut, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menganjurkan Program Kembara Media bermula 9 Disember lalu sehingga ke hari ini yang bertempat di beberapa lokasi di sekitar Johor.
Program Kembara Media adalah berobjektifkan untuk mempromosikan penurunan indeks kadar jenayah supaya ianya dapat dirasai oleh masyarakat serta mengetengahkan aktiviti penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang dilancarkan pada tahun ini.
Selain itu, ianya juga bagi menjelaskan isu-isu berbangkit mengenai program-program KDN yang dilaksanakan supaya maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada media dan seterusnya disalurkan kepada rakyat.
Program ini turut membawa rombongan-rombongan pengamal media tempatan kedaerah-daerah'hot spot' untuk melihat sendiri akan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh KDN di bawah inisiatif NBOS sehingga berjaya mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.
Pelepasan peserta Kembara Media media telah disempurnakan oleh YBTan Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha KDN di Kompleks KDN Putrajaya.
Pengisian program menyaksikan taklimat daripada ketua-ketua polis daerah serta penganjuran forum dan sesi soal jawab berkenaan keselamatan, ketenteraman awam, peranan dan inisiatif-inisiatif penurunan jenayah daripada panel-panel jabatan-jabatan KDN di tiga lokasi; daerah Muar, Batu Pahat dan Kompleks KDN Kempas, Johor Bharu.
Upacara perasmian penutupan Program Kembara Media ini disempurnakan oleh YB Dato' Alwi Bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran Dan Imigresen) KDN yang mewakili Ketua Setiausaha KDN.
Turut hadir, Puan Zinitulniza Binti Abdul Kadir, Ketua Komunikasi Korporat KDN, YDH ACP Haji Che Yossuf bin Che Ngah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor, wakil-wakil dari PDRM, AADK, RELA, JPAM, MBJB, JPPM dan tetamu-tetamu jemputan.

Sesi pendaftaran peserta....

YDH Supt Dennis Lim, Ketua Bahagian Unit Implementasi Urus Setia KPN (NKRA) memberi taklimat kepada wakil - wakil media...

Antara wakil - wakil media yang mendengar taklimat....

Pelepasan Konvoi media NKRA (NBOS) disempurnakan oleh YDHTan Sri Mahmoodbin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri...

YDH ACP Mohd Nasir bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar ketika memberi taklimat penurunan indeks jenayah di Daerah Muar...

ForumKejayaan Mengurangkan Kadar Jenayah: Kerjasama Erat Antara Masyarakat danPihak Berkuasa" di Daerah Muar...

Tetamu yang hadir...



Antara mereka yang mengajukan soalan kepada para panel...

Y.Bhg Zinitulniza binti Abdul Kadir, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri menyampaikan cenderahati kepada YDH ACP Mohd Nasir bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar...


Antara ketua penduduk yang memberi kerjasama yang baik kepada pihak Polis dalam penurunan indeks jenayah telah mendapat sijil penghargaan daripada KDN....

Sesi bergambar kenangan...

YDH ACP Mohd Nasir bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar ketika membawa wakil - wakil media melawat IPD Muar...

Forum 'Trend Jenayah di Kalangan GenerasiMuda Hari Ini dan Inisiatif Mengatasinya' di Universiti Tun Hussein Onn, Daerah Batu Pahat....

YDH ACP Din bin Ahmad Ketua Polis Daerah Batu Pahatmemberi taklimat penurunan kadar indeks jenayah di Daerah Batu Pahat...



Para peserta dari pelajar Universiti Tun Hussein Onn turut memeriahkan majlis....

Y.Bhg Zinitulniza binti Abdul Kadir, Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Dalam Negeri menyampaikan cenderahati kepada YDH ACP Din bin Ahmad Ketua Polis Daerah Batu Pahat...

Sesi bergambar kenangan....

Forum'Program Bandar Selamat' di Kompleks KDN Johor Bharu.

YDH ACP Hj. Che Yossuf bin Che Ngah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayahketika memberi taklimat penurunan kadar indeks jenayah di negeri Johor....

Para peserta yang mengambil bahagian....

Di antara barisan kehormat di atas pentas...

YBDato' Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiusaha Kanan Kementerian Dalam Negeri memberi ucapan serta
perasmian penutupan program Kembara Media NKRA (NBOS) sekitar Johor Bharu...

YB Dato' Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiusaha Kanan KDN menyampaikan cenderahati kepada YDH ACP Hj. Che Yossuf bin Che Ngah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Johor...

SATU MALAYSIA..YB Dato' Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiusaha Kanan KDN bergambar kenangan bersamawakil-wakilmedia....

Petugas-petugas Trafik PDRM memastikan kelancarankonvoi sepanjang perjalanan program Kembara Media....

Petugas-petugas PDRM sepanjang Program Kembara Media Berlangsung...
Wartawan:L/Kpl Irfan bin bujang
Jurufoto:L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin