Penutupan Tirai Kejohanan Sukan Empat Penjuru Sukep
Kuala Lumpur - 11 Disember 2011
Kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP), telah bermula pada tahun 2009, dianjurkan pada pertama kalinya oleh Persatuan Pegawai Tabdir Diplomatik, diikuti pula oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat sebagai tuan rumah pada 2010.
Pada tahun ini, Polis Diraja Malaysia telah menjadi tuan rumah SUKEP bagi tahun 2011. Objektif penganjuran SUKEP
membolehkan wakil-wakil daripada empat buah jabatan kerajaan
masing-masing mengasah dan memperkembangkan bakat, memupuk dan
mengeratkan tali silaturahim kalangan kakitangan awam tanpa mengira
batasan sempadan kumpulan perkhidmatan atau peringkat jawatan.
Pada
tahun ini, seramai 240 orang peserta mewakili empat jabatan iaitu
Persatuan Pegawai Tadbir Diplomatik, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan
Bomba Dan Penyelamat serta daripada Polis Diraja Malaysia telah
menunjukkan saingan sengit dan bakat masing-masing. Sebanyak empat jenis
sukan telah dipertandingkan iaitu Golf, Badminton, Bolasepak dan
Bowling yang telah bermula sejak 9 Disember 2011 lalu.
" Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat.. Selaku
penjawat awam yang sentiasa sibuk dengan tugasan di tempat kerja yang
merupakan sebahagian daripada jentera pentadbiran, operasi dan
pembangunan negara, sewajarnyalah nilai-nilai positif ini dihayati dan
menjadi budaya semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab di jabatan
masing-masing", ujar YDH Ketua Polis Negara dalam sebahagian isi ucapan
penutup Kejohanan SUKEP, petang ini.
Antara yang hadir adalah
Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkefli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan
Tentera Malaysia, Yang Amat Setia Dato' Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim,
Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Y.Bhg Dato' Dr. Haji Mohd
Azhar bin Haji Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YDH SAC
Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran
PDRM, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan SUKEP 2011,
YDH SAC Zulkifli bin Mohamed, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur,
Y.Bhg Dato'-dato' Ketua-ketua Jabatan, Tetamu-tetamu Jemputan dan
Wakil-wakil Media.
"Adalah menjadi harapan saya agar kejohanan seperti ini akan terus menjadi impetus kepada
penganjuran aktiviti sukan yang lain demi mencapai hastrat kita untuk
terus unggul di arena sukan negara. Sekali lagi saya serta seluruh
barisan ahli jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada jabatan-jabatan yang bertanding dalam
Kejohanan Sukan Empat Penjuru SUKEP Tahun 2011 ini", YDH Ketua Polis
Negara mengakhiri ucapan penutupan rasmi SUKEP 2011.
Keputusan rasmi SUKEP 2011
1) Acara sukan Golf dimenangi oleh Angkatan Tentera Malaysia
2) Acara sukan Badmintaon dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia
3) Acara Bowling : Bowling lelaki oleh Angkatan Tentera Malaysia, Bowling wanita oleh Polis Diraja Malaysia
4) Acara Bolasepak dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia (ASP Nasri Mansor - Penjaring terbanyak dengan 5 gol)
Johan keseluruhan : Polis Diraja Malaysia

Ketibaan Yang Amat Setia Dato' Wan Mohd Nor bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Ketibaan
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara diiringi oleh
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur
Kejohanan SUKEP 2011

Ketibaan
Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zain, Panglima
Angkatan Tentera Malaysia diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara

YDH Ketua Polis Negara memberi Tabik Hormat ketika lagu Hormat Panglima dimainkan


Ketua pasukan bolasepak kontinjen PDRM memberikan kata semangat yang terakhir


Antara yang hadir


YDH
Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera Malaysia,
Y.Bhg Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Awam dan Yang Amat
Setia Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat diperkenalkan kepada
pemain
Antara aksi perlawanan










Pencaragam PDRM mengisi slot rehat separuh masa pertama

Johan keseluruhan acara sukan Golf dimenangi oleh Angkatan Tentera Malaysia

Johan acara sukan Badmintaon dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia

Johan acara bowling bagi kategori lelaki oleh Angkatan Tentera Malaysia

Johan acara bowling bagi kategori perempuan oleh Polis Diraja Malaysia

Penjaring terbanyak bagi acara sukan Bolasepak oleh ASP Nasri Mansor dari Polis Diraja Malaysia dengan 5 gol


Penyampaian pingat kepada pemain Bolasepak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia


Penyampaian pingat kepada pemain Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia


Penyampaian pingat kepada pemain Bolasepak Jabatan Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik



Penyampaian pingat dan piala pusingan kepada pemain Bolasepak Polis Diraja Malaysia

Johan keseluruhan oleh Polis Diraja Malaysia... YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman menerima Piala Pusingan SUKEP 2011

Ucapan perasmian penutupan oleh YDH Ketua Polis Negara

Antara Peserta yang mewakili empat buah jabatan


Upacara
penurunan bendera SUKEP 2011 dan penyerahan bendera selaku tuan rumah
kepada Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera bagi tahun hadapan



Bergambar kenangan
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo & L/Kpl Shareel bin Shariman