Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jips Ke Arah Pemantapan Integriti Pdrm

Diterbitkan: 19 Sep 2014 9.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 19 Sept – JIPS akan diperkasakan dengan beberapa tingkat pelaksanaan melibatkan pelarasan semula perjawatan peringkat kontinjen dan daerah, penambahbaikan sistem yang digunapakai oleh Cawangan Tatatertib dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), penyusunan semula program latihan ke atas pegawai JIPS, pertambahan program anjuran BAKA, peningkatan kerjasama bersama lain-lain agensi kerajaan, mengadakan Kursus Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO), mewujudkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) baru untuk JIPS serta pemilihan pegawai JIPS yang berlatarbelakangkan pendidikan agama untuk jawatan di BAKA.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jips-ke-arah-pemantapan-integriti-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:34 MYT
Bukit Aman, 19 Sept – “Penubuhan Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) diharapkan dapat mengubah kedudukan PDRM daripada ‘agensi yang berisiko tinggi’ untuk terlibat di dalam kegiatan rasuah kepada ‘agensi yang paling selamat’ atau berisiko rendah dalam gejala tersebut,” demikian antara amanat yang disampaikan oleh Pengarah JIPS, Dato’ Zubaidah Md. Ismail, hari ini.

Berucap sempena Majlis Perjumpaan dan Amanat Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) bersama Pegawai Turus Tatatertib, Ketua Baka Peringkat Kontinjen, Briged dan Formasi di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beliau turut mensasarkan pemantapan integriti warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) seiring tugas yang dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan.

Selain itu, JIPS akan diperkasakan dengan beberapa tingkat pelaksanaan melibatkan pelarasan semula perjawatan peringkat kontinjen dan daerah, penambahbaikan sistem yang digunapakai oleh Cawangan Tatatertib dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), penyusunan semula program latihan ke atas pegawai JIPS, pertambahan program anjuran BAKA, peningkatan kerjasama bersama lain-lain agensi kerajaan, mengadakan Kursus Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO), mewujudkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) baru untuk JIPS serta pemilihan pegawai JIPS yang berlatarbelakangkan pendidikan agama untuk jawatan di BAKA.

Program pada hari ini turut disusuli dengan satu sesi dialog bersama pimpinan-pimpinan tertinggi JIPS.

Turut hadir pada hari ini ialah Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), Dato’ Abdul Ghafar Rajab dan Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard), Dato’ Ahmad Sofian Md. Yassin.

Jips Ke Arah Pemantapan Integriti Pdrm
Pimpinan utama JIPS...

Jips Ke Arah Pemantapan Integriti Pdrm
Antara yang hadir...

Jips Ke Arah Pemantapan Integriti Pdrm
Amanat daripada Pengarah JIPS...

Jips Ke Arah Pemantapan Integriti Pdrm
Timbalan Pengarah JIPS (Integriti), Dato’ Abdul Ghafar Rajab...

Jips Ke Arah Pemantapan Integriti Pdrm
Timbalan Pengarah JIPS (Pematuhan Standard), Dato’ Ahmad Sofian Md. Yassin....

Jips Ke Arah Pemantapan Integriti Pdrm
Sesi dialog...

Jips Ke Arah Pemantapan Integriti Pdrm
Sesi bergambar kenangan...
 
ArtikelDiterbitkan 19 Sep 2014 9.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM