Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Gro Terkedu Premis Diserbu

Diterbitkan: 22 Sep 2014 1.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 22 Sept - Polis menahan 24 wanita warga asing bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dalam Ops Pusat Hiburan di dua buah premis berasingan di sekitar Kepong di sini awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/gro-terkedu-premis-diserbu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:53 MYT

Kuala Lumpur, 22 Sept - Polis menahan 24 wanita warga asing bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dalam Ops Pusat Hiburan di dua buah premis berasingan di sekitar Kepong di sini awal pagi semalam.

Serbuan serentak di kedua-dua premis itu dilakukan pada pukul 1 pagi oleh 26 pegawai dan anggota daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Komisioner Gan Kong Meng berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah premis hiburan tidak berlesen di Medan Putra Business Centre, Bandar Manjalara.

"14 wanita warga asing yang terdiri daripada tujuh warga Vietnam, enam rakyat Thailand dan seorang warganegara Myanraar diberkas.

"Seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan dipercayai pengurusnya selain beberapa peralatan termasuk dua buah alat pembesar suara dirampas," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam serbuan kedua, Kong Meng memberitahu, seramai 20 pelacur ditangkap di pusat hiburan di Jalan Ambung Kanan 1, Kepong Baru.

Menurutnya, 10 daripada pelacur itu merupakan warga Thailand manakala selebihnya lapan dari Vietnam dan dua Myanmar.

Beliau menambah, turut ditahan seorang lelaki berusia 40-an warga tempatan dipercayai pemilik premis.

Sumber: Kosmo

Gro Terkedu Premis Diserbu

ArtikelDiterbitkan 22 Sep 2014 1.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM