Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jips Jangan Bersekongkol Dengan Sindiket Judi Haram

Published: 05 Nov 2014 9.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 5 Nov – Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) memberi amaran keras kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak bersekongkol dengan sindiket-sindiket judi haram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jips-jangan-bersekongkol-dengan-sindiket-judi-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:23 MYT
JIPS : JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN SINDIKET JUDI HARAM

Kuala Lumpur, 5 Nov – Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) memberi amaran keras kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak bersekongkol dengan sindiket-sindiket judi haram.

Pengarah JIPS PDRM, Senior DCP Dato’ Zubaidah Md Ismail berkata pihaknya akan mengambil tindakan susulan ekoran daripada arahan Ketua Polis Negara kepada semua Ketua-ketua Polis Negeri dan Daerah untuk memastikan pusat judi haram tidak lagi wujud di kontinjen masing-masing.

“JIPS diberi tanggungjawab sebagai ‘monitoring body’ dalam memastikan setiap lapisan warga PDRM akur dan mematuhi segala prosedur serta memelihara kewibawaan demi menyokong usaha berterusan PDRM dalam memerangi gejala judi haram sehingga ke akar umbi, “ katanya dalam sidang media yang diadakan di Bukit Aman pagi tadi.

Menurut beliau, dalam tanggungjawab JIPS adalah memastikan tidak wujud gunting dalam lipatan yang boleh mengagalkan usaha PDRM dalam membenteras kegiatan judi haram.

Beberapa langkah diambil bagi memastikan usaha yang dijalankan berkesan antaranya mengesyorkan kepada Ketua Polis Negara untuk mengambil tidakan tegas selain ditukarkan 24 jam ke atas mana-mana warga PDRM yang yang didapati bersekongkol dengan sindiket atau pengajur judi haram supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan kepada setiap pegawai dan anggota polis supaya tidak menganggap penubuhan JIPS sebagai satu usaha untuk “memangsakan” warganya sendiri dan berharap berusaha membersihkan PDRM dari sebarang elemen yang boleh mencemarkan nama baik pasukan.

Jips Jangan Bersekongkol Dengan Sindiket Judi Haram
ArticlePublished 05 Nov 2014 9.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM