Artikel
Polis Patahkan Lima Cubaan Seludup Dadah Oleh Sindiket Antarabangsa
Kuala Lumpur, 4 Nov –Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan lima percubaan menyeludup dadah oleh sindiket dadah antarabangsa de...
POLIS PATAHKAN LIMA CUBAAN SELUDUP DADAH OLEH SINDIKET ANTARABANGSA
Kuala Lumpur, 4 Nov –Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan lima percubaan menyeludup dadah oleh sindiket dadah antarabangsa dengan menahan empat orang termasuk seorang warga tempatan dalam tangkapan berasingan di Pulau Pinang dan Lembah Klang pada Jumaat hingga semalam.
Kuala Lumpur, 4 Nov –Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya mematahkan lima percubaan menyeludup dadah oleh sindiket dadah antarabangsa dengan menahan empat orang termasuk seorang warga tempatan dalam tangkapan berasingan di Pulau Pinang dan Lembah Klang pada Jumaat hingga semalam.
Pengarah JSJN PDRM, CP Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berkata hasil daripada operasi itu pihaknya telah berjaya merampas dadah jenis syabu sebanyak 9.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM 1 juta di dalam sidang media yang diadakan di Bukit Aman sebentar tadi.
Menurutnya, dalam tangkapan pertama yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di Pulau Pinang pada Jumaat lalu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga Nigeria dan merampas 2.6 kilogram syabu yang dijumpai di sebuah kotak berisi patung tembikar yang sudah diubah suai.
Katanya lagi, susulan penangkapan lelaki itu polis menyerbu sebuah syarikat perkhidmatan kargo di Petaling Jaya, Selangor pada hari yang sama serta merampas 2.6 kilogram syabu yang disimpan di bahagian besi kaki meja di syarikat itu.
Menurutnya lagi, hasil daripada serbuan tersebut membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Republik Guinea di daerah yang sama dan polis berjaya menjumpai setengah kilogram syabu yang disembuyikan suspek di dalam tempat duduk basikal yang sudah diubah suai.
Polis turut berjaya mengagalkan sindiket penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menahan seorang keldai warga India pada Sabtu lalu dan merampas 1.7 kilogram dadah yang disembunyikan didalam ruangan bagasi yang diubahsuai.
Pada petang semalam, polis telah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 2 kilogram dadah yang disorokkan di dalam tempat duduk basikal yang diubahsuai dan dipercayai diseludup dari negara China.
“Kesemua yang ditahan berumur 27 hingga 34 tahun dan akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya” ulas Dato’ Sri Noor Rashid.

Antara dadah yang dirampas.Antara dadah yang dirampas.
Antara dadah yang dirampas.
CP Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menunjukkan cara dadah disembunyikan