Jentera Mpv Baharu Perkasakan Pasukan
Bukit Aman , 12 Sept -
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Syarikat SGT Power
Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) telah menyempurnakan satu kunjungan hormat,
taklimat dan penyerahan kereta Prototaip Peronda MPV jenis Camry
Interceptor 2.4 kepada Unit MPV PDRM.
Berlangsung
di bangunan Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sesi penyerahan unit
peronda MPV ini diketuai oleh Capt. Adam Abdullah, Pengarah Teknikal
SGT Power Sdn. Bhd. manakala PDRM telah diwakili oleh YDH DIG Dato' Sri
Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Dilengkapi
dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan
membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini
dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah dan teknologi
PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini.
Turut
hadir sama pada hari ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah
Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timb.
Pengarah KDN/KA (Kepolisan / Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato' Acryl
Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
(Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md.
Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.
YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara memeriksa kenderaan prototaip MPV yang diterima.


Mendengar penerangan daripada juruteknikal tentang sistem dan kelengkapan MPV.


PrototaipToyota Camry Interceptor 2.4 MPV

Jurufoto : Konst Raymond & Konst Santher
Wartawan : L/Kpl Irfan
Penyunting : ASP Foo Chek Seng