Hilangnya Seorang Tokoh Perancang Ketenteraman Awam Berpengalaman
Cheras - 12 September 2011
"Jutaan terima kasih
kerana dapat menjayakan satu majlis yang penuh kenangan bagi saya,
isteri dan keluarga saya. Ini merupakan sebuah lipatan sejarah kepada
diri saya khususnya. Saya memanjatkan rasa kesyukuran, rasa gembira,
terharu dan bangga yang teramat sangat kerana di pagi ini, kepimpinan
tertinggi KDN/KA bersama isteri hadir untuk memeriahkan serta
menjayakan majlis ini. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat
kekasaran bahasa dan keterlanjuran laku semasa saya berkhidmat. Semoga
kita akan berjumpa lagi dalam suasana dan masa yang lain, saya sebagai
orang awam akan terus membantu polis", ujar YDH SAC Dato' Roslan bin
Ahmad, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan bersama isteri, Y.Bhg Datin
Rossnah binti Kassim, Pengerusi PERKEP PSP Malaysia, di Majlis
Perbarisan Persaraan Dan Serah Terima Tugas Komander Pasukan Simpanan
Persekutuan, Polis Diraja Malaysia.
Susun atur majlis dimulakan
dengan Perbarisan Persaraan yang diadakan di Dataran Kawad, Pasukan
Simpanan Persekutuan, Cheras, Kuala Lumpur. Mengisi aturcara adalah
pemeriksaan baris oleh YDH Dato' Komander PSP dan penyampaian
surat-surat penghargaan kepada Pegawai Kanan Polis, Anggota Polis dan
Kakitangan Awam. Selesai acara bergambar di Dataran Kawad PSP, acara
diteruskan dengan Majlis Serah Terima Tugas dan Jamuan Hari Raya di
Dewan Terbuka PSP, Cheras.
"Hasrat saya ingin melihat kita
memiliki semangat untuk bekerjasama di antara satu sama lain
serta berhubung sebagai sebuah keluarga bersepadu. Saya ingin terapkan
semangat ini di dalam Jabatan KDN/KA, dan ini adalah amat penting di
dalam pasukan PDRM, amnya. Landskap persekitaran dan politik yang ada
sekarang mengandungi banyak cabaran. Kita tidak perlu takut dan bimbang
sekiranya perlaksanaan tugas yang telah kita lakukan mengikut peraturan
ataupun SOP yang telah ditetapkan. Kita akan melihat semula SOP
supaya pendekatan khususnya FRU ini mengikut keadaan semasa dan
keperluan rakyat, mengekalkan keselamatan masyarakat disamping tidak
mengabaikan hak asasi manusia. Saya sebagai pengarah KDN/KA akan
sentiasa memberi panduan dan saya meletakkan diri saya sebagai
pertahanan kepada semua pegawai serta anggota yang berada di bawah
jabatan KDN/KA ini", saran YDH Pengarah Jabatan KDN/KA kepada Pegawai
dan Anggota PSP, pagi ini.
"Curahan bakti Dato' dan Datin di dalam pasukan PDRM tidak akan terbalas. Sekali lagi bagi pihak Jabatan KDN/KA dan PDRM khususnya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' dan Datin serta keluarga. Selamat bersara, selamat maju jaya dan semoga jumpa lagi", YDH CP Pengarah Jabatan KDN/KA mengakhiri ucapan.
Turut hadir Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (Kepolisan/ Pencegahan Jenayah), YDH SAC Dato' Sueb bin Abdullah, Timbalan Pengarah II Jabatan KDN/KA (Operasi), YDH SAC Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit Tindakan Khas, YDH SAC Dato' Isa bin Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin, YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH SAC Kamarulzaman bin Md. Jan, Komander Unit Udara PDRM, Dato'-Dato', Datin-Datin, Pegawai-Pegawai Unit, Perkep-Perkep Unit, Pegawai Kanan Polis dan Anggota Polis.
Majlis Serah Terima Tugas adalah di antara YDH SAC Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP dan YDH P/ACP Jamaludin bin Abd Rahman, Timbalan PSP, disaksikan oleh YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam.
Perbarisan Persaraan YDH Komander Pasukan Simpanan Persekutuan


Membalas tabik Hormat Panglima dari Kawalan Kehormatan


Pemeriksaan baris oleh YDH Komander PSP diiringi oleh Pegawai Pemerintah Baris



Antara Pegawai Kanan yang hadir
Penyampaian Surat Penghargaan





Tiga kali laungan 'Serang' kepada YDH Dato' Komander PSP
Sesi Bergambar





Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasidm, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam

YDH Pengarah Jabatan KDN/KA menandatangani Buku Pelawat

Ucapan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA

Ucapan YDH Dato' Komander PSP

Upacara menandatangani Serah Terima Tugas


Upacara penyerahan Tongkat Kuasa dan Fail Penugasan


Penyerahan Jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA
Penyampaian Cenderahati Kenangan

Bermesra Sambil Melawat Gerai Jamuan Hari Raya






Antara yang hadir
Penyampaian Sampul Raya Kepada Anak-Anak Anggota PSP





Majlis dihiburkan oleh pencaragam PSP

YDH Komander PSP dibawa dengan kereta berkuda buat kali terakhir. Selamat Bersara YDH Dato'
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor