Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jentera Mpv Baharu Perkasakan Pasukan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dilengkapi dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jentera-mpv-baharu-perkasakan-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:22 MYT

Bukit Aman , 12 Sept - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Syarikat SGT Power Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) telah menyempurnakan satu kunjungan hormat, taklimat dan penyerahan kereta Prototaip Peronda MPV jenis Camry Interceptor 2.4 kepada Unit MPV PDRM.

Berlangsung di bangunan Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sesi penyerahan unit peronda MPV ini diketuai oleh Capt. Adam Abdullah, Pengarah Teknikal SGT Power Sdn. Bhd. manakala PDRM telah diwakili oleh YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Dilengkapi dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah dan teknologi PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini.

Turut hadir sama pada hari ini, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timb. Pengarah KDN/KA (Kepolisan / Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara memeriksa kenderaan prototaip MPV yang diterima.
Jentera Mpv Baharu Perkasakan Pasukan
Jentera Mpv Baharu Perkasakan Pasukan

Mendengar penerangan daripada juruteknikal tentang sistem dan kelengkapan MPV.
Jentera Mpv Baharu Perkasakan Pasukan
Jentera Mpv Baharu Perkasakan Pasukan

PrototaipToyota Camry Interceptor 2.4  MPV
Jentera Mpv Baharu Perkasakan Pasukan


Jurufoto    : Konst Raymond & Konst Santher
Wartawan   : L/Kpl Irfan
Penyunting : ASP Foo Chek Seng

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM