Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Published: 11 Jun 2014 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Upacara Istiadat Pengkebumian Jenazah PC 9634 Mohammed bin Abdul Jalil, anggota polis yang terkorban semasa nahas pesawat Dakota KN 630 dan Liberator KL 654 yang terhempas pada 25 Ogos 1950 di Gua Mu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenazah-perwira-negara-disemadikan-dengan-penuh-istiadat-setelah-61-tahun-terkorban
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:28 MYT

Muar , 6 April 2011 - Upacara Istiadat Pengkebumian Jenazah PC 9634 Mohammed bin Abdul Jalil, anggota polis yang terkorban semasa nahas pesawat Dakota KN 630 dan Liberator KL  654 yang terhempas pada 25 Ogos 1950 di Gua Musang telah selamat disempurnakan di Masjid Kg. Bukit Treh, Muar hari ini.

Terdahulu, di Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Majlis Serah Menyerah Jenayah Allahyarham telah diadakan dan menyaksikan Superintendan Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM mewakili Polis DiRaja Malaysia menerima jenazah berupa cebisan tulang Allahyarham daripada Leftenan Kolonel Norhayati binti Mansor, Pengarah Muzium Tentera Darat.

Keranda Allahyarham yang ditutupi dengan Jalur Gemilang kemudiannya dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk penyempurnaan pengurusan fardhu kifayah oleh Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman.

Selesai disembahyangkan, jenazah Allahyarham diserahkan kepada BAKA yang telah siap sedia dengan kenderaan pasukan dan diiringi oleh pegawai dan anggota-anggota PDRM sehingga ke Masjid Kg. Bukit Treh, Muar.

Upacara istiadat pengebumian dimulakan sesampainya di Masjid Kg. Bukit Treh, Muar apabila keranda jenazah diturunkan dan diiringi oleh pasukan pengusung seterusnya disembahyangkan dan diusung ke tanah perkuburan Masjid Kg. Bukit Treh.

Tertib upacara pengebumian diteruskan istiadat melipat bendera Jalur Gemilang untuk diserahkan kepada YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor untuk diserahkan kepada waris keluarga Allahyarham.

Selesai penyempurnaan pengkebumian jenazah Allahyarham, pihak Imam Masjid Treh bersama BAKA Bukit Aman mengadakan bacaan di masjid dan istiadat upacara pada hari ini ditutupi dengan majlis penyerahan wang sumbangan daripada Tabung Kebajikan PDRM dan wang bantuan pengkebumian kepada waris Allahyarham.

Mengimbas kembali tragedi yang meragut nyawa Allahyarham, pada 25 Ogos 1950, pesawat Douglas C47 B 35 DK Dakota C4, nombor pendaftaran KN630 dari No 52 Skuadron di Changi Singapura telah melaksanakan operasi penguguran 'smoke marker' bagi tanda panduan kepada pesawat Lincoln Bomber mengebom lokasi pengganas komunis di kawasan Gua Musang.

Penguguran kali kedua 'smoke marker' telah gagal dilakukan walaupun cuaca ketika itu adalah baik dan kegagalan enjin punca pesawat tersebut terhempas di kawasan berbukit Lembah Sungai Beluar.

Pada 3 September 1950, Pasukan Pencari dan Penyiasat (TPP) gabungan pasukan tentera dan polis diketuai oleh Capt. Livermore telah berjaya mengesan lokasi kejadian dan mengesahkan kesemua krew dan penumpang terkorban.

Di atas faktor ancaman komunis, TPP telah menanam 12 mayat berhampiran rangka pesawat pada kedalaman 4 kaki sehinggalah pada awal 2008, waris Allahyarham PC 9634 Mohammed telah mengemukakan permohonan mencari melalui Pejabat Pertahanan Malaysia di London.

Satu pasukan pencari dari Markas 8 Briged ATM telah berjaya mengesan lokasi pesawat dan kubur krew pada Jun 2008.

Hasil penemuan tersebut, Y.Bhg Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin telah mengutus surat kepada Jen. Sir Richard Dannat, Chief Of General Staff menyataan kesediaan TDM untuk memberi kerjasama kepada kerajaan British.

Sebanyak 2 siri tinjauan telah dilaksanakan oleh pihak Muzium Tentera Darat iaitu pada 15 hingga 19 September 2008 bersama Pasukan 8 Briged dan 15 hingga 19 Oktober 2008 bersama wakil Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman dan Muzium PDRM.

Pada tinjauan kedua, Pihak Muzium Tentera Darat telah melakukan kerja-kerja site cleaning menggunakan peralatan geoelectromagnetic surveyer bertujuan mengesan kewujudan sebarang rangka manusia.

2 hingga 12 November 2008, terlaksananya Ekspedisi Garis Waktu di kawasan Gua Musang Kelantan dengan kerjasama daripada gabungan kepakaran pelbagai formasi PDRM, TDM, wakil kerajaan British, Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Perhutanan serta NGO bertujuan membawa keluar rangka manusia serta beberapa peralatan penting pesawat dari lokasi tragedi tersebut.

Kronologi peristiwa...Garis Waktu Dakota KN630 bertarikh 14 November 2008 di ruangan Berita Semasa (/defaultbase.cfm

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Antara yang hadir di Majlis Penyerahan Cebisan Tulang Allahyarham PC 9364 Mohammed bin Abdul Lalil@Jalil di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Menandatangani Sijil Penyerahan antara Superintendan Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM dan  Leftenan Kolonel Norhayati binti Mansor, Pengarah Muzium Tentera Darat

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Penyerahan cebisan tulang Allahyarham PC 9364 Mohammed bin Jalil antara Muzium Tentera Darat dan Muzium Polis Diraja Malaysia

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Al-Fatihah...sebelum beredar ke Masjid Bukit Aman

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Setelah siap dimandikan serta dikapan di Masjid Bukit Aman...

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Sembahyang jenazah di Masjid Bukit Aman...

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
tengah...waris terdekat Allahyarham, Hj. Hamdan bin Abdul Jalil

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Sidang Akhbar...YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama
YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) dan Hj. Hamdan bin Abdul Jalil

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Penyerahan keranda jenazah di perkarangan Masjid Bukit Aman untuk di bawa ke Masjid Kg Bukit Treh, Muar, Johor

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Sembahyang jenazah di Masjid Kg Bukit Treh, selepas Solat Zohor.

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Warga PDRM bersama penduduk kampong semasa sembahyang jenazah...

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Penuh istiadat, dibawa ke tanah perkuboran Masjid Kg. Bukit Treh

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Jalur Gemilang yang menutupi keranda jenazah dilipat untuk diserahkan kepada YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor untuk diserahkan kepada waris keluarga Allahyarham.

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor menyerahkan Jalur Gemilang kepada waris keluarga Allahyarham, Haji Hamdan bin Abd Jalil

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Antara waris-waris Allahyarham yang hadir...

Gambar sekitar majlis perkebumian

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Allahyarham PC 9364 Mohammed bin Abdul Lalil@Jalil

Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun TerkorbanBangkai pesawat Dakota KN 630 yang terhempas pada 25 Ogos 1950 yang meragut 12 nyawa


Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto     : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : Insp Md Aruwan bin Md Amilah

ArticlePublished 11 Jun 2014 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM