Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan

Published: 12 Jun 2014 6.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid menekankan fakta tersebut bagi merujuk kepada tindakan golongan tertentu yang sering mempertikaikan tindakan pihak polis sekiranya hasil sesuatu siasatan atau kejadian tid..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-perbaharui-corak-persepsi-dan-tindakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:28 MYT
BUKIT AMAN, 27 Feb - "Berkenaan jenayah, daripada perspektif masyarakat, mereka perlu memberikan kerjasama dan perlu faham bahawa faktor-faktor lain seperti kepadatan penduduk, kepesatan ekonomi dan pembangunan juga memungkinkan implikasi sosial," ujar YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di perkarangan Kompleks 3 Bukit Aman, pagi tadi.


Umpamanya, tekanan hidup yang dihadapi seseorang yang sukar mendapatkan pekerjaan boleh mendorong individu tersebut memilih untuk melakukan jenayah seperti ragut, samun dan sebagainya bagi menampung hidup.


YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid menekankan fakta tersebut bagi merujuk kepada tindakan golongan tertentu yang sering mempertikaikan tindakan pihak polis sekiranya hasil sesuatu siasatan atau kejadian tidak memihak kepada mereka.


Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan PDRM perlu sentiasa mencetuskan idea bagaimana mencari jalan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini.


Lanjutan daripada inisiatif-inisiatif (NKRA & NBOS) yang telah dilaksanakan sebelum ini, terbukti ianya telah menunjukkan keberkesanan dan mencapai objektifnya.


Namun begitu, usaha tersebut perlu dilipat-ganda dan dimantapkan produktivitinya demi mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negara.


Berucap mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar telah menyempurnakan upacara penganugerahan sijil kepujian kepada warga-warga PDRM yang telah menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada pasukan.


Turut hadir, CP Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah JSJ Bukit Aman, selaku Pengerusi Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman kali ini, Pengarah-pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota-anggota serta kakitangan-kakitangan awam PDRM Bukit Aman.

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Ucapan daripada YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Sekitar perhimpunan..
Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Pemeriksaan Kawalan Keselamatan..

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir..

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Pucuk-pucuk pimpinan PDRM yang hadir...

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Antara warga-warga PDRM yang hadir...

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Kakitangan Awam yang hadir...

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Antara penerima-penerima sijil kepujian Ketua Polis Negara.

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Antara warga-warga PDRM Bukit Aman yang hadir...

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Sekitar upacara penyampaian sijil kepujian....

Jenayah Perbaharui Corak Persepsi Dan Tindakan
Sekitar upacara penyampaian sijil kepujian....
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM