Jenayah Komersil Jangan Terpengaruh Skim Nanning
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, sindiket itu yang beroperasi sepenuhnya di beberapa lokasi di China akan menyasarkan rakyat negara ini sebagai mangsa.
Sindiket yang bergerak secara berkumpulan itu dikesan akan menjemput beberapa pelabur berpotensi di kalangan ahli perniagaan ke daera h Nanning, China, sebelum pertemuan diaturkan di hotel mewah selain suspek sengaja menonjolkan kekayaan dimiliki.
Anggota sindiket akan membawa pelabur dari Malaysia ke beberapa tapak projek di Nanning, China, yang didakwa dimiliki mereka sebelum mangsa kemudian dipujuk untuk turut sama melabur dalam projek hartanah dan dijanjikan pulangan keuntungan berlipat ganda dalam masa yang singkat.
Sebaik pelaburan dibuat, mangsa akan dlibayar keuntungan lumayan bagi memastikan mangsa yakin dengan skim pelaburan itu.
Mangsa kemudian akan menarik pelabur lain dari Malaysia sebelum membuat pelaburan kedua dalam jumlah lebih besar.
Bagaimanapun mangsa menyedari diperangkap apabila ahli sindiket akan Leras menghilangkan diri dan gagal dihubungi.
Walaupun masih belum ada mana-mana individu tampil membuat laporan berkaitan kerugian mereka, namun pihak polis khususnya JSJK sentiasa memantau rapi isu ini.
Pihak polis ingin menasihati orang ramai yang pernah berurusan dengan sindiket atau menjadi mangsa agar tampil membuat laporan supaya tindakan lanjut dapat diambil oleh pihak polis.
Sumber: Harian Metro