Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Komersil Jangan Terpengaruh Sindiket Pinjaman Palsu

Diterbitkan: 13 Jul 2016 2.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sebanyak 469 mangsa kerugian lebih RM9.39 juta kerana terpedaya dengan tawaran pinjaman kewangan tidak wujud yang didalangi beberapa sindiket penipuan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-komersil-jangan-terpengaruh-sindiket-pinjaman-palsu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:29 MYT

Sebanyak 469 mangsa kerugian lebih RM9.39 juta kerana terpedaya dengan tawaran pinjaman kewangan tidak wujud yang didalangi beberapa sindiket penipuan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Kebanyakan mangsa diperdaya sindiket berkenaan dengan tawaran pinjaman faedah rendah melalui iklan-iklan yang ditampal di tempat-tempat awam dan kawasan pejabat.

Mangsa yang memerlukan duit akan menghubungi sindiket tersebut untuk membuat pinjaman namun perlu membayar wang proses terlebih dahulu sebelum mendapatkan pinjaman.

Walaupun hanya berhubung melalui telefon, mangsa yang terdesak bersetuju memasukkan wang proses ke dalam akaun sindiket dan hanya menyedari ditipu setelah pinjaman yang dipohon tidak diterima kerana sindiket tidak dapat dihubungi sementara wang yang dibayar lesap.

Sehubungan itu, pihak polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) meminta orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan mana-mana tawaran pinjaman terutama yang ditampal kerana kebanyakannya adalah pinjaman tidak wujud atau tidak beresen.

Sumber: Utusan Malaysia

Jenayah Komersil Jangan Terpengaruh Sindiket Pinjaman Palsu
ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2016 2.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM