Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jenayah Kekerasan Turun Hampir 33 Peratus Hasil Ops Cantas K

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Kuala Lumpur, 7 Okt - Kes jenayah kekerasan seperti bunuh menunjukkan penurunan hampir 33 peratus daripada 104 kes kepada 69 kes, dalam tempoh 52 hari pelaksanaan Ops Cantas Khas...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jenayah-kekerasan-turun-hampir-33-peratus-hasil-ops-cantas-k
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:23 MYT

Kuala Lumpur, 7 Okt - Kes jenayah kekerasan seperti bunuh menunjukkan penurunan hampir 33 peratus daripada 104 kes kepada 69 kes, dalam tempoh 52 hari pelaksanaan Ops Cantas Khas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata setakat ini, polis menahan 15,877 orang daripada 41,922 yang diperiksa, selain merampas 469 senjata api dan senjata berbahaya lain, serta merampas 678 buah kenderaan.

"Sebanyak 352 kertas siasatan dibuka mengikut Akta Pertubuhan 1966, 62 fail mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan 144 kertas siasatan berkaitan kesalahan senjata api atau senjata berjadual.

"Daripada jumlah itu juga sebanyak 120 kes telah dituduh di mahkamah atas kesalahan berkaitan senjata api dan senjata berjadual," katanya menjawab soalan Toh Puan Zaitun Mat Amin di Dewan Negara di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata polis akan meneruskan operasi yang dilancarkan pada 17 Ogos lepas itu bagi menjamin keselamatan negara dan sehingga rakyat berasa selamat serta mengurangkan rasa takut terhadap jenayah dalam kalangan masyarakat.
 
Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM