Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah

Published: 12 Jun 2014 3.28 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 4 November 2012 - Program 'Reuniting Families - Child Safety Road Show' anjuran RHB Banking Group's Corporate Responsibility di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur yang telah berlangsung d..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jelajah-rhb-child-safety-awareness-berakhir-dengan-meriah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:46 MYT

Oleh : Kpl Mohd Shareel Bin Shahriman

Kuala Lumpur, 4 November 2012 - Program 'Reuniting Families - Child Safety Road Show' anjuran RHB Banking Group's Corporate Responsibility di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur yang telah berlangsung dua hari lalu telah berakhir pada hari ini dalam suasana yang cukup meriah.

Program ini merupakan penutup bagi Jelajah RHB Child Safety Awareness yang telah diadakan di beberapa negeri iaitu Melaka, Johor, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang dan menerima sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

Sepanjang program ini berlangsung, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti ceramah pencegahan jenayah, bengkel pertahan diri, pertandingan melukis bagi kanak-kanak dan gerai-gerai pameran mengenai kempen pencegahan jenayah.

Di dalam program ini juga, pengunjung-pengunjung boleh mendaftarkan anak-anak mereka dengan program Photo ID Kits yang i mempunyai gambar terkini, butir-butir penting dan cap jari kanak-kanak itu dan dihasilkan untuk memudahkan pihak polis mendapat maklumat lengkap daripada ibu bapa jika berlaku kehilangan anak.

Hadir pada program ini ialah YDH. DCP Dato' Hadi Ho Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, YBhg. Tan Sri Lee lam Thye, Pengerusi MCPF, Encik Kellee Kam Chee Khiong, Pengarah Urusan RHB Banking Group, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Salah seorang pengunjung bergambar dengan 'Helang Lebuhraya'.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Sekitar program.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Photo ID Kits.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Seorang kanak-kanak sedang mendaftar dengan Photo ID Kits.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Sekitar program.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Sekitar program.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Sekitar program.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Sekitar program.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Sekitar program.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Sekitar program.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Encik Kellee Kam Chee Khiong, Pengarah Urusan RHB Banking Group ketika memberi ucapan.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
YBhg. Tan Sri Lee lam Thye, Pengerusi MCPF ketika memberi ucapan.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
YDH. DCP Dato' Hadi Ho Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM ketika memberi ucapan.

Jelajah Rhb Child Safety Awareness Berakhir Dengan Meriah
Sekitar Program.

ArticlePublished 12 Jun 2014 3.28 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM