Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Janji Ditepati

Published: 12 Jun 2014 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 31 Ogos 2012- Dengan bertemakan 'Janji Ditepati', sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 telah disambut meriah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada pagi ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/janji-ditepati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:41 MYT

Wartawan : L/Kpl Santher
Jurufoto : L/Kpl Raymond & L/Kpl Santher


KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2012
- Dengan bertemakan "Janji Ditepati", sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 telah disambut dengan penuh meriah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada pagi ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan yang bermula seawal jam 7.00 pagi itu turut dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat dari pelbagai kaum. Dengan adanya perarakan kereta berhias daripada pihak-pihak swasta dan kerajaan yang mengambil bahagian serta penyertaaan daripada badan-badan berunifom dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Merdeka ini.

Turut hadir untuk menyaksikan sambutan ini ialah DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri bersama isteri, Y.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Menteri-menteri serta barisan pemimpin negara dan isteri. Turut hadir sama YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, dif-dif jemputan dan juga duta-duta negara asing.

Sebaik tiba, Yang di-Pertuan Agong menerima tabik hormat sebelum lagu 'Negaraku' dimainkan oleh Pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja. Tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut melakukan lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Darat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), sambil melepaskan asap berwarna merah, biru dan kuning yang melambangkan warna bendera Malaysia. 

Seterusnya, Tuanku Abdul Halim memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri empat pegawai dan 103 anggota Satu Rejimen Askar Melayu Diraja dan diikuti dengan laungan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali dan seterusnya upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi lagu 'Negaraku' dan tembakan meriam 14 das dilakukan. Selepas itu, diikuti bacaan ikrar Rukun Negara oleh 55 peserta yang mewakili pelajar dan guru, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan dan badan berkanun serta orang kurang upaya dengan berpakaian pelbagai kaum sebagai simbolik dengan diketuai oleh pelajar Sekolah Menengah Taman Melawati Gombak Azrai Abdul Aziz.

Laungan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali diikuti laungan 'Janji Ditepati' sebanyak tiga kali telah dilaungkan.Acara diraikan lagi dengan  persembahan segmen pertama mengenai Rukun Negara yang disampaikan melalui bicara berirama dengan penuh berwarna warni oleh pelajar.Diikuti dengan perarakan masuk perbarisan yang dimulakan dengan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia dan dikuti dengan kontinjen membawa Jalur Gemilang dan kontinjen membawa bendera kesemua 13 negeri dan Wilayah Persekutuan.

Buat julung kali perbarisan kontinjen agensi kerajaan diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dengan diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar. Kontinjen agensi kerajaan turut dianggotai oleh pemimpin tertinggi setiap kementerian itu iaitu Ketua Setiausaha Kementerian masing-masing selaras dengan tema perayaan Hari Kemerdekaan tahun ini "Janji Ditepati".

Janji Ditepati
DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah binti Hamidun...

Janji Ditepati
Tuanku Abdul Halim memeriksa Kawalan Kehormat Utama...

Gambar sepanjang perarakan berlangsung.
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati
Janji Ditepati

Mengibarkan Jalur Gemilang menunjukkan semangat kemerdekaan yang tinggi...
Janji Ditepati
Janji Ditepati

YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini kerana menunjukkan persembahan bertenaga, berinspirasi dan menunjukkan tanda cinta yang mendalam kepada Malaysia.
Janji Ditepati

ArticlePublished 12 Jun 2014 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM