Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jangan Tunggu Di Dalam Kenderaan Jika Rosak Di Lebuh Raya

Published: 25 May 2015 2.48 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hulu Terengganu, 25 Mei - Polis Terengganu menasihati pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) supaya tidak berada di dalam kenderaan ketika kereta mereka mengalami kerosakan semasa menggunakan laluan berkenaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-tunggu-di-dalam-kenderaan-jika-rosak-di-lebuh-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:12 MYT


Hulu Terengganu, 25 Mei - Polis Terengganu menasihati pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) supaya tidak berada di dalam kenderaan ketika kereta mereka mengalami kerosakan semasa menggunakan laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Hussin Deraman berkata pemandu serta penumpang perlu mencari tempat yang selamat dan sesuai, sementara bantuan daripada Peronda Lebuhraya sampai untuk memberikan bantuan bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Jika berlaku kerosakan kenderaan di LPT kami nasihatkan orang ramai agar tidak terus berada di dalam kenderaan mereka dan mencari lokasi yang lebih selamat seperti berhampiran penghadang jalan agar tidak membahayakan keselamatan mereka dan pengguna yang lain," katanya mengulas kes kemalangan maut di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sehingga menyebabkan empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo.

Kejadian itu juga turut mengakibatkan dua orang lagi mangsa wanita dewasa yang berada di luar kenderaan ketika kejadian mengalami kecederaan.

Dalam nahas kira-kira pukul 4.30 petang itu, dipercayai enam sekeluarga berkenaan dalam perjalanan dari Kota Bharu, untuk menghadiri majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah di Pahang.

- BERNAMA

ArticlePublished 25 May 2015 2.48 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM