Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jangan Ragui Kemampuan Pdrm Timbalan Mdn

Published: 22 Dec 2017 7.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 22 Disember 2017 - Masyarakat tidak perlu bimbang dan memberi keyakinan kepada polis dalam mengendalikan kejadian jenayah seperti kes pembunuhan seorang gangster di Taman Pelangi di sini Ahad lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-ragui-kemampuan-pdrm-timbalan-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:00 MYT

Johor Bahru, 22 Disember 2017 - Masyarakat tidak perlu bimbang dan memberi keyakinan kepada polis dalam mengendalikan kejadian jenayah seperti kes pembunuhan seorang gangster di Taman Pelangi di sini Ahad lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kecekapan polis dalam mengendalikan kes sedemikian tidak perlu diragui.

"Sebab itu sehingga kini telah banyak pihak yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan di Taman Pelangi.

"Polis telah mengenal pasti pasti individu yang terlibat dengan jenayah terancang, sekiranya berlaku sesuatu polis akan dapat kesan dengan cepat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Transformasi Sosial (PTS), di Taman Tampoi Utama, di sini sebentar tadi.

Ahad lalu, seorang gangster berusia 44 tahun maut selepas ditikam dan digilis dengan kenderaan di sebuah stesen minyak, ketika sedang berhenti untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Sumber: Utusan Online

ArticlePublished 22 Dec 2017 7.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM