Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perangi Judi Polis Lupuskan Mesin Judi Bernilai Rm2 5 Juta

Diterbitkan: 22 Dec 2017 7.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 22 Dis. 2017 - Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh hari ini melupuskan sebanyak 5,186 unit barang rampasan kes perjudian haram termasuk mesin judi jenis komputer, laptop dan tablet bernilai RM2.5 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perangi-judi-polis-lupuskan-mesin-judi-bernilai-rm2-5-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:12 MYT

Kuala Lumpur, 22 Dis. 2017 - Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh hari ini melupuskan sebanyak 5,186 unit barang rampasan kes perjudian haram termasuk mesin judi jenis komputer, laptop dan tablet bernilai RM2.5 juta.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden S. Somu berkata, kesemua mesin judi tersebut melibatkan 570 kertas siasatan dari Oktober 2016 hingga Mei tahun ini.

"Pada tahun ini, sebanyak 422 serbuan untuk kegiatan judi haram dibuat melibatkan tangkapan sebanyak 691 orang, rampasan 5,426 mesin judi dan wang tunai sebanyak RM33,863.

"Kebanyakan kes tersebut telah pun dituduh dan bagi kes yang sudah selesai barang rampasan dipohon untuk membuat pelupusan seperti yang kita lakukan hari ini," katanya dalam sidang akhbar sebelum majlis pelupusan mesin perjudian haram di IPD Sungai Buloh di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online

ArtikelDiterbitkan 22 Dec 2017 7.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM