Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam

Diterbitkan: 18 Dec 2014 7.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kejadian dikesan ekoran daripada jabatan tersebut telah melancarkan serbuan ke atas satu sindiket penipuan rangkaian telefon (Macau Scam) sekitar Lembah Klang yang menyebabkan kerugian lebih RM12 juta yang dipercayai aktif sejak Julai tahun ini dua hari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-cuba-tiru-taktik-macau-scam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:51 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Penyunting : Insp. Hamizah Abu Bakar


Kuala Lumpur, 18 Dis – “Jangan cuba untuk melakukan penipuan menggunakan talian bagi mengaut keuntungan seperti ‘Macau Scam’ ,” tegas Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), YDH SAC Dato’ Abd Jalil Hassan dalam satu sidang media di sini, pagi tadi.

Beliau berkata pihak polis telah mengesan terdapat beberapa sindiket tempatan mula mempelajari kaedah-kaedah penipuan seperti ‘Macau Scam’ untuk menipu masyarakat setempat.

Kejadian dikesan ekoran daripada jabatan tersebut telah melancarkan serbuan ke atas satu sindiket penipuan rangkaian telefon (Macau Scam) sekitar Lembah Klang yang menyebabkan kerugian lebih RM12 juta yang dipercayai aktif sejak Julai tahun ini dua hari lalu.

Hasil siasatan yang dijalankan, mangsa terdiri daripada rakyat Tanah Besar China di mana sindiket akan membuat panggilan telefon ke negara China dengan menyamar sebagai pegawai bank, polis atau pihak mahkamah sebagai helah bagi memperdaya mangsa.

“Senario yang digunakan termasuk hutang kad kredit, mangsa terlibat dengan kegiatan jenayah atau akaun mangsa telah digunakan oleh orang lain.

“Mangsa yang merasa takut dan gelisah akan menuruti arahan sindiket sehingga mendorong mangsa memasukkan wang ke dalam akaun yang diarahkan ahli sindiket,” jelas YDH SAC Dato’ Abd Jalil Hassan.

“Kami (polis) khasnya JSJK telah mengenal pasti kaedah-kaedah untuk mengatasi jenayah ini dari peringkat awal dan sekiranya tertangkap, boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar masyarakat tidak mudah mempercayai sebarang panggilan telefon urusan bank.

“Mana-mana bank tidak berhak untuk bertanya maklumat peribadi pemegang-pemegang akaun dan jika terdapat modus operandi yang serupa, salurkan maklumat kepada pihak polis,” tambah beliau lagi.

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
Antara passport antarabangsa yang dirampas

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
Antara telefon yang dirampas digunakan ahli sindiket untuk menipu orang ramai

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
Antara skrip yang dirampas ketika serbuan 16 Disember lalu

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
Laptop, Voice Over Internet (VOIP) dan router yang dirampas digunakan oleh ahli sindiket menipu orang ramai

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
Passport antarabangsa dan telefon dirampas yang digunakan oleh ahli sindiket Macau Scam

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
Passport antarabangsa dan telefon dirampas yang digunakan oleh ahli sindiket Macau Scam

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), YDH SAC Dato’ Abd Jalil Hassan menunjukkan Voice Over Internet Protocol (VOIP) menggunakan teknik 'Spoofing'

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), YDH SAC Dato’ Abd Jalil Hassan menunjukkan antara 57 ahli sindiket yang ditangkap

Jangan Cuba Tiru Taktik Macau Scam
imbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), YDH SAC Dato’ Abd Jalil Hassan menunjukkan skrip yang digunakan oleh ahli sindiket Macau Scam untuk memperdaya orang ramai

ArtikelDiterbitkan 18 Dec 2014 7.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM