Kuala Lumpur: Seorang jurulatih kecergasan ditahan kerana bertindak samseng jalan raya selepas memecah cermin dan mengugut kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, di Lebuhraya SILK, berhampiran Jalan Reko, Kajang, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata lelaki yang memandu kereta milik tunangnya ditahan pada jam 5.30 petang semalam, selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat oleh kakitangan pejabat kesihatan berkenaan.
Tidakan jurulatih kecergasan memecahkan cermin kenderaan jabatan kesihatan tersebar di FB sejak pagi semalam mendapat perhatian ramai serta pelbagai komen di laman sosial facebook (FB)

Sumber: Berita Harian