Jangan Ambil Lewa Kes Jenayah Yang Berlaku
Kuala Lumpur - 13 Julai 2012
"Jangan ambil lewa terhadap setiap kes jenayah yang berlaku," - YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
"PDRM harus
terus berusaha dengan mengemukakan plan strategik baru untuk
meningkatkan prestasi agar rakyat yakin bahawa kita sentiasa dapat
memberi kepuasan disamping menunjukkan sikap mengambil berat kepada
masyarakat", tambah YDH Ketua Polis Negara lagi.
Pagi ini
berlangsung satu Majlis Taklimat Khas Pemantapan Aktiviti Memerangi
Jenayah yang berlangsung di Dewan Perdana, Briged Tengah, Pasukan
Gerakan Am, Cheras.
Aturcara dimulakan dengan sesi
taklimat tentang Trend Jenayah dan Isu Semasa oleh YDH DCP Dato' Abdul
Samah bin Mat, Pengerusi Urus Setia NKRA. Antara kandungan taklimat
adalah mengenai Sasaran dan Status 5 NKPI bulan Januari - Jun 2012,
pembentangan perbandingan jenayah indeks dalam tempoh 6 bulan 2011/2012,
pembentangan pencapaian Kontinjen-Kontinjen di seluruh Malaysia dalam
mengurangkan jenayah dan kadar pertuduhan dan statistik jenayah
non-indeks yang traumatik.
"Antara pendekatan-pendekatan yang
perlu difokuskan untuk meningkatkan lagi keyakinan masyarakat dan
menurunkan tahap ketakutan terhadap jenayah (fear of crime)
ialah melalui program Omni Presence termasuk High Visibility, rondaan
bermotor/MPV, Walkabout/High Profile Policing dan rondaan
bersama/kolaborasi lain-lain agensi", ujar YDH DCP Dato' Abdul Samah.
"Antara
lainnya adalah melalui Community Policing termasuk bersama persatuan
penduduk dan perhubungan dengan masyarakat dan kempen pencegahan
jenayah. Mempertingkatkan Mutu Perkhidmatan termasuk responce time,
kualiti siasatan dan hari bersama pelanggan. Pendekatan lain adalah
melalui komunikasi yang efektif menerusi Police Cyber Responce Centre,
Twitter PDRM, U-Tube PDRM, Portal PDRM, Facebook PDRM dan kerap
mengadakan sidang media", tambah YDH DCP Dato' Abdul Samah lagi.
Objektif
utama Majlis Taklimat Khas Pemantapan Aktiviti Memerangi Jenayah pagi
ini adalah untuk mencari dan meningkatkan penurunan sasaran NKPI,
mengurangkan fear of crime terhadap masyarakat dan meningkatkan lagi kepuasan masyarakat terhadap prestasi perkhidmatan PDRM.
Antara
yang hadir YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Wira Salleh Bin Mat Rashid, Pengarah
Jabatan KDN/KA, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed
Azizan, Pengarah Jabatan SIasatan Jenayah Komersil, YDH DCP Dato'
Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, YDH SAC Dato'
Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan AM, YDH
Timbalan-Timbalan Pengarah, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, YDH
Ketua-Ketua Polis Daerah dan Wakil-Wakil Media.

YDH
CP Dato' Wira Salleh Bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama
YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan
Gerakan AM sementara menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

YDH
IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DIG
Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku


Bacaan doa dipimpin oleh Y.Bhg Ustaz Zulkifli bin Abdul, Bahagian Agama dan Kaun