Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Jangan Ambil Lewa Kes Jenayah Yang Berlaku

Published: 12 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Jangan ambil lewa terhadap setiap kes jenayah yang berlaku,' - YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jangan-ambil-lewa-kes-jenayah-yang-berlaku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:22 MYT

Kuala Lumpur - 13 Julai 2012

"Jangan ambil lewa terhadap setiap kes jenayah yang berlaku," - YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

"PDRM harus terus berusaha dengan mengemukakan plan strategik baru untuk meningkatkan prestasi agar rakyat yakin bahawa kita sentiasa dapat memberi kepuasan disamping menunjukkan sikap mengambil berat kepada masyarakat", tambah YDH Ketua Polis Negara lagi.

Pagi ini berlangsung satu Majlis Taklimat Khas Pemantapan Aktiviti Memerangi Jenayah yang berlangsung di Dewan Perdana, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras.

Aturcara dimulakan dengan sesi taklimat tentang Trend Jenayah dan Isu Semasa oleh YDH DCP Dato' Abdul Samah bin Mat, Pengerusi Urus Setia NKRA. Antara kandungan taklimat adalah mengenai Sasaran dan Status 5 NKPI bulan Januari - Jun 2012, pembentangan perbandingan jenayah indeks dalam tempoh 6 bulan 2011/2012, pembentangan pencapaian Kontinjen-Kontinjen di seluruh Malaysia dalam mengurangkan jenayah dan kadar pertuduhan dan statistik jenayah non-indeks yang traumatik.

"Antara pendekatan-pendekatan yang perlu difokuskan untuk meningkatkan lagi keyakinan masyarakat dan menurunkan tahap ketakutan terhadap jenayah (fear of crime) ialah melalui program Omni Presence termasuk High Visibility, rondaan bermotor/MPV, Walkabout/High Profile Policing dan rondaan bersama/kolaborasi lain-lain agensi", ujar YDH DCP Dato' Abdul Samah.

"Antara lainnya adalah melalui Community Policing termasuk bersama persatuan penduduk dan perhubungan dengan masyarakat dan kempen pencegahan jenayah. Mempertingkatkan Mutu Perkhidmatan termasuk responce time, kualiti siasatan dan hari bersama pelanggan. Pendekatan lain adalah melalui komunikasi yang efektif menerusi Police Cyber Responce Centre, Twitter PDRM, U-Tube PDRM, Portal PDRM, Facebook PDRM dan kerap mengadakan sidang media", tambah YDH DCP Dato' Abdul Samah lagi.

Objektif utama Majlis Taklimat Khas Pemantapan Aktiviti Memerangi Jenayah pagi ini adalah untuk mencari dan meningkatkan penurunan sasaran NKPI, mengurangkan fear of crime terhadap masyarakat dan meningkatkan lagi kepuasan masyarakat terhadap prestasi perkhidmatan PDRM.

Antara yang hadir YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Wira Salleh Bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan SIasatan Jenayah Komersil, YDH DCP Dato' Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan AM, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, YDH Ketua-Ketua Polis Daerah dan Wakil-Wakil Media.

Jangan Ambil Lewa Kes Jenayah Yang Berlaku
YDH CP Dato' Wira Salleh Bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA bersama YDH SAC Dato' Mohd Rodzi bin Ismail, Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan AM sementara menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Jangan Ambil Lewa Kes Jenayah Yang Berlaku
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Jangan Ambil Lewa Kes Jenayah Yang Berlaku
Jangan Ambil Lewa Kes Jenayah Yang Berlaku
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku

Jangan Ambil Lewa Kes Jenayah Yang Berlaku
Jangan Ambil Lewa Kes Jenayah Yang Berlaku
Bacaan doa dipimpin oleh Y.Bhg Ustaz Zulkifli bin Abdul, Bahagian Agama dan Kaun

ArticlePublished 12 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM