Jamuan Makan Malam Gpec Oleh Pdrm
Bukit Aman - 24 Jun 2009. Jamuan Makan Malam Sempena Pameran General Police Equipment Exhibition (GPEC) yang dihoskan oleh Polis Diraja Malaysia telah di adakan di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman, pada jam 8.30 malam hari ini.
Hadir di majlis tersebut ialah YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara. Hadir sama ialah YDH Dato' Seri, Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM serta 64 tetamu termasuk Ketua Polis dan wakil-wakil Asean.
Pameran General Police Equipment Exhibition (GPEC) telah di adakan bermula 23 hingga 26 Jun 2009 di PWTC yang turut diselaraskan oleh KSU Kementerian Dalam Negeri.
Tetamu telah dihiburkan oleh Quintet PDRM dan Kebudayaan Muzium PDRM.

Jamuan Makan Malam Sempena Pameran General Police Equipment Exhibition (GPEC) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

YDH Pengarah-Pengarah PDRM serta Ketua-Ketua Polis Negeri juga turut hadir...

Y.Bhg. Tan Sri Zainuddin bin Jalani, Commissioner Police Royal Brunei Police Force menerima cenderahati daripada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Pol. Brig. Gen Seumsouk Simphavong, Director General of Police Laos menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar

Tetamu dihiburkan oleh Quintet PDRM dan Kebudayaan Muzium PDRM

Tetamu-tetamu Kehormat bergambar kenangan bersama YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar