Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah Pdrm Dilancarka
Sungai
Siput, 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan
jabatan baharu iaitu Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ)
sebagai inisiatif terbaru mengurangkan jenayah.
Penubuhan
jabatan itu telah diluluskan oleh kerajaan pada 16 Jun lepas manakala
bekas Ketua Urusetia Jabatan NKRA Bukit Aman Datuk Wira Ayub Yaakob dilantik mengetuai jabatan itu.
Mengumumkan
demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat
ini tiada jawatan baharu dibuka untuk jabatan itu namun hanya mengubah
butir-butir jawatan sedia ada.
"Jabatan
ini mmpunyai cawangan bukan sahaja di Bukit Aman tetapi di Kontinjen
dan daerah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jabatan
berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini.
Katanya
penubuhan JPPJ tidak menjejas Jabatan Siasatan Jenayah (CID) kerana
hanya sebahagian daripada petugasnya akan diletakkan di jabatan baharu
itu.
"Objektif
utama CID lebih fokus memastikan siasatan kes berkualiti dan ia
menjurus kepada penyelesaian kes manakala jabatan baharu ini adalah
untuk mencegah dan membanteras semua bentuk jenayah," katanya.
Dengan
penubuhan JPPJ, beliau berharap polis akan menjadi rakan yang disayangi
dan disanjungi oleh masyarakat dan pada masa yang sama digeruni oleh
penjenayah.
Objektif
utama jabatan itu antaranya adalah untuk memastikan strategi dan
pendekatan secara proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah daripada
berlaku, menghapuskan peluang perlakuan jenayah, menghapuskan hasrat
untuk melakukan jenayah dan menangani serta mengurangkan persepsi
kebimbangan jenayah.
Sumber : BERNAMA