Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Empat Warga Mexico Termasuk Seorang Wanita Dipenjara Kerana

Diterbitkan: 17 Jun 2014 6.37 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.45 PM
Majistret Noradila Ab Latif memerintahkan Sergio, Mauricio dan Renia menjalani hukuman penjara 12 bulan manakala Pepea dipenjara tiga bulan dan didenda RM3,000 atas faktor usia. Kesemua tertuduh diara..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/empat-warga-mexico-termasuk-seorang-wanita-dipenjara-kerana
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:08 MYT
Kuala Terengganu, 1 Julai - Empat warga Mexico termasuk seorang wanita dihukum penjara tiga hingga 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencuri wang tunai RM13,000 bulan lepas.

Sergio Ruiz Negrete, 34, Mauricio Baez Martinez, 43, Renia Ballina Aguiar, 19, dan Pepea Guiler, 67, didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas, mencuri wang milik Noraiza Mustafa, 27, di tempat letak kereta Pasaraya Giant di sini pada pukul 1 tengah hari 10 Jun lepas.

Majistret Noradila Ab Latif memerintahkan Sergio, Mauricio dan Renia menjalani hukuman penjara 12 bulan manakala Pepea dipenjara tiga bulan dan didenda RM3,000 atas faktor usia. Kesemua tertuduh diarah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 10 Jun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa baru sahaja mengeluarkan wang itu di sebuah bank berdekatan pasar raya itu dan mahu beredar sebelum menyedari satu daripada tayar keretanya jenis Perodua Kancil pancit.

Tertuduh berjaya melarikan wang mangsa yang ditinggalkan di dalam kereta selepas seorang daripada mereka menawarkan bantuan kepada Noraiza.

Bagaimanapun mereka yang melarikan diri menaiki kereta jenis Toyota Vios, berjaya ditangkap polis pada hari yang sama di Jalan Astaka, Kuala Berang di sini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap mereka.

Bagaimanapun peguam Zainal Omar yang mewakili kesemua tertuduh merayu anak guamnya dikenakan hukuman minimum kerana mereka telah insaf dan mempunyai tanggungan di Mexico. 

Sumber : BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 6.37 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.45 PM