Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Isu Tular Keratan Akhbar Pilihan Muslimah Jadian Diberkas Polis

Published: 24 Dec 2022 2.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 24 Disember 2022 - Suspek lelaki yang tular mengenakan telekung sebelum mencuri barang jemaah wanita di masjid sekitar Seksyen 18 di sini, diberkas polis, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/isu-tular-keratan-akhbar-pilihan-muslimah-jadian-diberkas-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:13 MYT
Shah Alam, 24 Disember 2022 - Suspek lelaki yang tular mengenakan telekung sebelum mencuri barang jemaah wanita di masjid sekitar Seksyen 18 di sini, diberkas polis, kelmarin.

Ketua Polis (IPD) Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan terhadap suspek lelaki tempatan lingkungan 20-an itu susulan laporan dibuat oleh mangsa.

Menurutnya, pada Selasa lalu, polis menerima dua laporan mengenai kes kecurian barangan milik jemaah wanita yang menunaikan solat di masjid sekitar Seksyen 18, pada 20 Disember lalu.

"Hasil pemeriksaan terhadap suspek, polis menemui dan merampas dua telefon bimbit yang dicuri semasa kejadian. Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati orang kena tuduh (OKT) mempunyai satu rekod kes penyalahgunaan dadah dan empat rekod kes jenayah.

"OKT ditahan reman selama empat hari dari mula hari ini (semalam) sehingga 26 Disember untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 24 Dec 2022 2.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM