Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Isu Tular Keratan Akhbar Pilihan Budak Pandu Kereta Bawa Ibu Tanpa Lesen Ditahan

Diterbitkan: 02 Jun 2023 3.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bukit Mertajam, 2 Jun 2023 - Tindakan seorang remaja lelaki bawah umur memandu kereta tanpa lesen sambil membawa ibu dan rakannya bersiar-siar membawa padah apabila dia ditahan polis kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/isu-tular-keratan-akhbar-pilihan-budak-pandu-kereta-bawa-ibu-tanpa-lesen-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:19 MYT
Bukit Mertajam, 2 Jun 2023 - Tindakan seorang remaja lelaki bawah umur memandu kereta tanpa lesen sambil membawa ibu dan rakannya bersiar-siar membawa padah apabila dia ditahan polis kelmarin.

Remaja berusia 13 tahun itu ditahan selepas video tindakannya yang dikatakan berlaku di Jalan Rozhan, dekat Machang Bubuk, di sini, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San, mengesahkan remaja itu ditahan di hadapan Flat Taman Machang Bubuk selepas kedudukannya berjaya dijejaki susulan video yang tular itu.

Mengulas lanjut, katanya, polis mengesan satu video berdurasi 32 saat yang tular memaparkan kejadian di mana orang awam menahan sebuah kereta dipandu remaja berkenaan jam 3 petang kelmarin.

“Remaja itu memandu kereta sejauh kira-kira empat kilometer sebelum gelagatnya dilihat orang awam yang melalui jalan itu. Orang awam kemudian menahan remaja terbabit sebelum menyebarkan video berhubung tindakan remaja berkenaan di media sosial.

ACP Tan Cheng San berkata, susulan kejadian itu polis mengeluarkan tiga saman di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk kerana tiada lesen memandu dan memandu di bawah umur.

Katanya, ibu remaja terbabit yang juga pemilik kereta disaman di bawah Seksyen 39(5) kerana membenarkan individu bawah umur memandu kenderaan berkenaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
May be an image of 2 people, slow loris and text that says 'Budak pandu kereta bawa ibu tanpa lesen ditahan Mertajam: Tindakan kejadian orang umur sebuah m
 
ArtikelDiterbitkan 02 Jun 2023 3.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM