Article
Istiadat Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2010
Majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan ini dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum...
Kuala Lumpur - 31 Julai 2010. Majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan bagi tahun 2010 telah berlangsung dengan penuh gemilang pada pagi ini. Buat julung kalinya, majlis yang penuh dengan catatan sejarah ini diadakan di Dataran Merdeka di mana sebelum ini Sambutan Hari Pahlawan diadakan di Tugu Negara.
Upacara mengalungkan bunga di Tugu Negara yang menjadi acara tetap sebelum ini juga tidak lagi diadakan pada sambutan hari ini, selaras dengan nasihat Majlis Fatwa Kebangsaan, tidak diadakan di kawasan mempunyai patung manusia manakala upacara mengalungkan bunga dimansuhkan kerana kedua-duanya bertentangan dengan Islam.
Seramai 806 anggota pasukan keselamatan dan bekas anggota keselamatan mengambil bahagian dalam upacara perbarisan yang menjadi sebahagian daripada atur cara wajib sambutan. Perbarisan pada pagi ini terdiri dari kontinjen Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut DiRaja Malaysia, Tentera Udara DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, kontinjen Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan kontinjen Persatuan Bekas Polis DiRaja Malaysia.
Perbarisan diketuai oleh Lt. Kol Tengku Mohd Fauzi bin Tengku Ibrahim dari Batalion Pertama Rejim Askar Melayu DiRaja. Ajutan perbarisan pula ialah LT Mohd Asri bin Dasman dari TLDM KD Sultan SMR Perbarisan PW1 (Udara) Ibrahim bin Budin dari Markas Tentera Udara.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mencemar duli menghadiri Majlis Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2010.

Hadir di majlis tersebut ialah YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Dif-dif kenamaan.
Majlis dimulakan dengan keberangkataan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, mencemar duli memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama diteruskan dengan Tiupan Paluan Akhir sementara Jalur Gemilang diturunkan.
Acara Sambutan Hari Pahlawan merupakan salah satu Istiadat Rasmi Negara bagi memperingati jasa dan pengorbanan para pahlawan yang telah berkorban mempertahankan negara tercinta. Istiadat Rasmi Negara membuka tirai dengan bacaan sajak yang bertajuk "Pahlawan". Sajak yang diperdengarkan ini telah dikarang lebih 39 tahun yang lalu (1971). Pagi ini, sajak ini menjadi lebih istimewa kerana sajak "Pahlawan" ini akan dideklamasikan oleh pengarang asalnya, Mejar Muhammad bin Awang yang didatangkan khas dari Kijal, Kemaman Terangganu. Beliau mencurahkan bakti sebagai pahlawan negara selama 20 tahun bermula tahun 1965.
Sorotan peristiwa perjuangan dan pengorbanan Leftenan Adnan Saidi dari Rejiman Askar Melayu menentang penjajahan Jepun di Bukit Candu semasa Perang Dunia Kedua, diimbau kembali melalui persembahan pentomen khas bertajuk 'Pertempuran Bukit Candu' dan diceritakan oleh PW 1 Azamin bin Itam. Berakhirnya persembahan pentomen, Paluan Fajar ditiupkan, bertujuan menaikkan Jalur Gemilang. Majlis diteruskan dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan serentak itu laungan 'Daulat Tuanku' tiga kali sebelum sambutan diakhiri dengan bacaan doa.
"Pembangunan ekonomi negara banyak bergantung kepada keamanan dan keharmonian dalam negara. Sesungguhnya, Pasukan Keselamatan telah memainkan peranan yang amat penting dalam menangkis anasir yang cuba memporak-perandakan negara serta mereka juga telah memainkan peranan yang amat penting dalam membantu negara mencapai kemajuan dan kemakmuran selama ini. "Terima kasih yang tidak terhingga Beta ucapkan" adalah di antara titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Di samping itu, Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru kepada semua peringkat lapisan rakyat agar meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara. Hubungan baik dan sikap toleransi di antara kaum juga hendaklah dipelihara. Sensitiviti kaum mestilah dijaga, tanpa mengira keturunan, agama dan budaya, dapat bersatu padu dan hidup dalam rukun dan damai dengan berpegang kepada pepatah "BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH" mengakhiri titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kontinjen PDRM mengambil tempat.

Anggota dan Pegawai PDRM yang bertugas di Sambutan Hari Pahlawan 2010.

Kawalan Kehormatan Utama mengambil tempat.

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama-sama jemputan kenamaan.

YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Utama.

Dif-dif jemputan kenamaan PDRM dan ATM.

YAB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Utama.

Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin TUDM, Panglima Angkatan Tentera memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan Utama.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ...

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menerima Hormat Diraja dari Kawalan Kehormatan Utama.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mencemar duli, memeriksa baris Kawalan Kehormatan Utama.

Mejar Muhammad bin Awang mendeklamasikan sajak asal beliau, "Pahlawan" yang dikarang pada tahun 1971.

Sorotan sejarah menyayat hati perjuangan Lt. Adnan Saidi menentang tentera Jepun dari ketumbukan tentera ke-25 di Bukit Candu yang juga dikenali sebagai Kent Ridge, Pasir Panjang, Singapura. Kesemua tentera melayu yang bertahan di Bukit Candu telah gugur mempertahankan Bukit Candu pada 14 Februari 1942.

YAB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussien, YBHG Jeneral Tan Sri Dato' Sri Azizan bin Ariffin dan YDH Tan Sri Musa bin Haji Hassan menyaksikan persembahan pentomen Lt. Adnan Saidi.

Keberangkatan pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, diiring oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, YAB Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein dan YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi.