Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah

Published: 12 Jun 2014 7.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
CYBERJAYA, 28 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Limkokwing University Creative Technology (LUCT) telah menandatangani memorandum persefahaman dua hala dalam pembanterasan jenayah terutamanya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipts-bantu-pdm-tangani-jenayah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:54 MYT
Oleh: L/Kpl Muhammad Iqtar Bin Azmi.

CYBERJAYA, 28 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Limkokwing University Creative Technology (LUCT) telah menandatangani memorandum persefahaman dua hala dalam pembanterasan jenayah terutamanya jenayah-jenayah komersil di institut pengajian tinggi swasta tersebut hari ini.

Disempurnakan oleh YDH Dato' Wira Syed Ismail bin Dato' Hj. Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) dan YDH Dato' Raja Aznil bin Raja Hisham ,Senior Vice President Limkokwing University, majlis ini julung-julung kali diadakan lanjutan daripada sesi pertemuan dalam usahasama pencegahan jenayah sebelum ini.

Difahamkan, LUCT akan membantu pihak JSJK dalam menyediakan bahan-bahan seperti video klip, poster dan juga sebagai penasihat kepada pelaksanaan strategi Kempen Pencegahan Jenayah Siber.

Turut hadir pada hari ini,YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara,YDH Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai kanan PDRM.

Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
YDH YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara menurunkan tanda tangan.

Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
Sepanjang majlis berlangsung.

Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
Sesi penyampaian cenderamata.

Ipts Bantu Pdm Tangani Jenayah
Sesi sidang media.
ArticlePublished 12 Jun 2014 7.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM