Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ipsc Rmp Open Championship 2026 Level Iii Medan Uji Kemahiran Dan Jalinan Kerjasama

Published: 08 Jun 2026 1.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.54 PM
Putrajaya, 7 Jun 2026 – Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2026 Level III mencuri tumpuan apabila menghimpunkan penyertaan daripada pasukan bersenjata, agensi penguat kuasa, kelab menembak serta peserta antarabangsa dalam suasana penuh semangat kesukanan dan profesionalisme.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipsc-rmp-open-championship-2026-level-iii-medan-uji-kemahiran-dan-jalinan-kerjasama
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:11 MYT
 
Putrajaya, 7 Jun 2026 – Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2026 Level III mencuri tumpuan apabila menghimpunkan penyertaan daripada pasukan bersenjata, agensi penguat kuasa, kelab menembak serta peserta antarabangsa dalam suasana penuh semangat kesukanan dan profesionalisme.

Kejohanan anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kelab Menembak Sasaran Shapadu yang diadakan sejak 30 Mei lalu telah mempertandingkan empat kategori utama iaitu Piala Ketua Polis Negara (KPN), Piala Komander Unit Tindakhas (UTK), Ujian Kemahiran Tembak Praktikal Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) dan RMP Open.

Turut memeriahkan kejohanan ialah kategori “VIP Shoot Off” yang menyaksikan penyertaan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan, agensi keselamatan dan penguat kuasa negara antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, KPN, IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Pengarah Jabatan KDNKA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan menembak serta pengukuhan jaringan kerjasama antara agensi.

Selain menguji kemahiran dan ketepatan, kejohanan ini turut menjadi platform mempererat hubungan profesional, bertukar pengalaman serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta dari dalam dan luar negara.

Secara keseluruhan, kejohanan ini berjaya menghimpunkan 878 penembak termasuk peserta dari New Zealand, Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Thailand, sekali gus mengukuhkan reputasi PDRM sebagai penganjur kejohanan menembak bertaraf antarabangsa.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dato’ Seri Haji Malek Razak Sulaiman, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Presiden National Range Officer Institute Malaysia, Yang Mulia Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman serta Komander UTK merangkap Pengarah Kejohanan IPSC RMP Open Championship 2026 – Level III, SAC Hisham Mahmood.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar.

May be an image of text that says '口TS通アルSTEA IPSC RMP OPEN CHAMPIONSHIP 2026 LEVEL III INSPECTOR GENERAL OF POLICE CUP INTERNAL SECURITY AND PUBLI

May be an image of skeet shooting and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of crowd and text

May be an image of golf and text that says '1ም IPSC RMP OPEN CHAMPIONSHIP 2026 LEVEL III INSPECTOR GENERAL OF POLICE CUP INTERNAL SECURITY AND PUBLIC ORD

ArticlePublished 08 Jun 2026 1.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.54 PM