Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ipd Kuching Cadang Lancar Kempen Pakai Jaket Keselamatan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.31 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.36 PM
Kuching, 24 Jan - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengambil inisiatif untuk mengurangkan kes kejadian mati lemas di sungai di sini melalui kempen pemakaian jaket keselamatan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ipd-kuching-cadang-lancar-kempen-pakai-jaket-keselamatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:52 MYT

Kuching, 24 Jan - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mengambil inisiatif untuk mengurangkan kes kejadian mati lemas di sungai di sini melalui kempen pemakaian jaket keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad hari ini berkata kempen ini akan dijalankan melalui kerjasama beberapa agensi lain di Sarawak.

"Tanggungjawab sebenar (penguatkuasaan undang-undang keselamatan pengangkutan sungai) adalah di bawah LSS (Lembaga Sungai-Sungai Sarawak). Memandangkan soal keselamatan adalah juga tanggungjawab polis apatah lagi apabila berlaku kemalangan, pihak polislah yang akan mengetuai operasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata antara aktiviti yang dirancang di bawah kempen berkenaan ialah mengadakan pertemuan dengan pengusaha pengangkutan sungai bagi menerangkan kepada mereka tentang kepentingan memakai jaket keselamatan khususnya kepada penumpang mereka.

"Faktor keadaan bot atau lebih muatan sebenarnya tidak begitu penting jika dibandingkan dengan tidak memakai jaket keselamatan. Jika apa-apa yang berlaku, mangsa tetap akan timbul dan terapung di permukaan air (apabila memakai jaket keselamatan)," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.31 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.36 PM